Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga jadi motivasi bagi bekas pesalah bebas dadah

Nov 12, 2022 | 05:57 AM



SELEPAS beberapa kali disabitkan kesalahan dadah dan menyedari kesan negatif dadah terhadap kehidupan mereka, Encik Alif Harith dan Cik Norlinda Mohamad Yusof berikrar untuk berubah.



Sekarang, mereka menyumbang kepada masyarakat sebagai sukarelawan di Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) untuk menyebarkan mesej antidadah.



Bagi mengiktiraf usaha dan sumbangan mulia mereka, Encik Alif dan Cik Norlinda telah dianugerahkan Anugerah Pemimpin Rakan Sebaya di Majlis Anugerah Sukarelawan dan Penderma Sana, atau dikenali sebagai SANA Nite, semalam.



Encik Alif dan Cik Norlinda mula menyertai Sana untuk mengukuhkan lagi keazaman mereka tetapi akhirnya bermula menjadi sukarelawan.



Setelah sebelum ini menderita teruk akibat penyalahgunaan dadah, mereka berkongsi pengalaman peribadi mereka dan mendorong belia berisiko, dan juga mereka yang sedang menjalani pemulihan agar menjauhi dadah.



Encik Alif, 57 tahun, telah disabit kesalahan dadah sebanyak tiga kali. Beliau dibebaskan dari penjara untuk kali kedua pada 2017 setelah sabit kesalahan dadah pada 2013.



"Pencetus untuk perubahan adalah apabila keluarga saya mula menjauhi saya. Dua anak saya tinggal bersama saya di rumah yang sama tetapi enggan memandang dan bercakap dengan saya. Ketika itulah saya sedar saya perlu berubah dan memenangi semula kepercayaan isteri dan anak-anak saya. Saya berubah kerana mereka," kongsi Encik Alif.



Ketika ditanya bagaimana perasaannya menerima anugerah itu, Encik Alif berkata:



"Saya terkejut kerana saya hanya seorang sukarelawan. Tetapi pada masa yang sama, saya juga berasa dirahmati dan gembira apabila mengetahui orang yang saya bantu menghargai usaha dan sumbangan saya."



Encik Alif juga disokong oleh Perkhidmatan Penjara Singapura semasa berada di penjara, untuk meneruskan minatnya bermain gitar - kemewahan yang tidak mampu dimiliki keluarganya semasa zaman kanak-kanaknya.



Keghairahan dan kebolehannya dalam muzik menjadi satu lagi sebab Encik Alif menjauhi dadah kerana beliau berjaya membuat minatnya menjadi kerjaya dengan membuat persembahan bebas.



Sama seperti Encik Alif, Cik Norlinda, 47 tahun, menganggap suami dan anak-anaknya sebagai motivasi utamanya bagi menjauhi dadah.



Sejak dibebaskan dari penjara pada 2002, beliau kekal percaya sokongan keluarga adalah penting untuk sesiapa yang menjalani pemulihan dadah.



Ibu lima anak itu kini bekerja sebagai tukang masak di prasekolah. Bukan sahaja pekerjaan itu menjadi sumber motivasi untuk membina semula hidupnya, malah beliau berkata bekerja dengan kanak-kanak adalah memuaskan.



"Kepada sesiapa yang sedang menjalani proses pemulihan, tidak kira daripada dadah atau tidak, harus berpegang kepada harapan dan kemahuan. Kita harus sedar bahawa tiada siapa yang boleh mengubah diri kita, kecuali kita sendiri," kata Cik Norlinda.



SANA Nite adalah acara tahunan yang mengiktiraf sumbangan semua sukarelawan, penderma dan rakan kongsi, sebahagiannya telah diiktiraf semasa majlis anugerah.



Tahun ini ia diadakan di Auditorium SingPost dan Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) merupakan tetamu terhormat.



"Memandangkan Sana sentiasa mencari cara baru untuk mengembangkan inisiatifnya bagi memanfaatkan lebih ramai bekas penyalah dadah dan keluarga mereka, kami ingin menyeru lebih ramai individu dan organisasi untuk menjadi sukarela dan bekerjasama dengan kami.



"Setiap orang mempunyai peranan untuk memastikan Singapura bebas daripada dadah," kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >