Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kehidupan di S'pura kian baik walau ada aspek keprihatinan: MOF

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



KEHIDUPAN warga Singapura bertambah baik tahun lalu berbanding 2020, dengan antara lain lebih ramai kanak-kanak telah didaftar ke prasekolah dan pendapatan median sebenar meningkat selepas susut.



Namun di sebalik peningkatan ini, 2021 juga menyaksikan peningkatan dalam kes-kes penderaan kanak-kanak dan orang tua, serta kes ke Institut Kesihatan Mental (IMH).



Perkembangan ini, yang mencerminkan kesan pandemik Covid-19 di negara ini, telah disertakan dalam edisi terkini Semakan Hasil Sektor Awam Singapura, iaitu kad laporan sektor awam, yang dikeluarkan semalam oleh Kementerian Kewangan (MOF).



Diterbitkan setiap dua tahun, laporan itu mengambil kira tugas sektor awam dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan nasional seperti kesihatan dan kesejahteraan, alam sekitar, ekonomi dan sokongan sosial.



Bagi sektor pendidikan, peningkatan dilihat bagi semua peringkat.



Misalnya,sehingga Mac tahun ini, lebih daripada 60 peratus kanak-kanak telah mendaftar di prasekolah yang disokong pemerintah, di mana yuran dikenakan adalah rendah hasil bantuan subsidi.



S'pura capai sasaran bagi kehidupan warga yang lebih baik



Antara lain, laporan itu menyatakan bahawa Singapura berada dalam hala tujuan yang untuk mencapai sasaran ruang yang mencukupi di prasekolah bagi 80 peratus kanak-kanak menjelang kira-kira 2025.



Laporan itu juga menyentuh sistem pemarkahan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) baru, yang dilaksanakan pada 2021 bagi mengurangkan perbandingan keputusan peperiksaan itu dan menggalak pelajar memberi lebih tumpuan kepada pembelajaran sendiri daripada membandingkan dengan pelajar lain.



Di bawah sistem baru itu, lebih ramai pelajar yang layak bagi aliran Normal berpeluang belajar sekurang-kurangnya satu mata pelajaran di peringkat lebih mencabar di menengah satu. Sekitar 85 peratus pelajar yang layak telah mengambil peluang itu.



Menjelaskan lanjut mengenai laporan itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata laporan dwitahunan itu mengambil kira prestasi Singapura dalam bidang-bidang utama seperti ekonomi, kesesuaian tempat tinggal, kemampanan alam sekitar dan tadbir urus.



"Dua tahun yang lalu tidak mudah. Tetapi kami telah mengatasi pandemik itu dengan lebih kukuh melalui usaha kolektif rakyat Singapura, masyarakat, perniagaan, dan pemerintah.



"Sedang dunia bergelut dengan kesan pandemik, inflasi global dan ketegangan geopolitik, ia menyebabkan masa depan penuh dengan ketidaktentuan.



"Kami harus jelas mengenai cabaran dan peluang yang ada dan bersikap bersatu dalam bekerja untuk masa depan yang lebih baik untuk Singapura," kata Encik Lee dalam satu catatan di Facebook semalam.



Menurut laporan itu, dari segi ekonomi pula, Singapura bangkit semula daripada kesan Covid-19 pada 2020 apabila ekonomi mengecut 4.1 peratus, kemelesetan terburuk sejak merdeka.



Pada 2021, ekonomi berkembang sebanyak 7.6 peratus dan kadar pengangguran juga bertambah baik. Namun, kadar pengangguran kekal tinggi, terutama dalam kalangan penduduk berusia 40 tahun ke atas.



Pemberhentian pekerja dalam kalangan penduduk berkurangan kepada 6,430 pada 2021 setelah mencapai paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun sebanyak 14,380 pada 2020.



Laporan itu juga menyatakan bahawa, walaupun inflasi yang lebih tinggi melembapkan peningkatan dalam pertumbuhan pendapatan, pendapatan median sebenar meningkat pada 2021 selepas penurunan pada 2020.



Ia juga berkata koefisien Gini, yang mengukur jurang perbezaan pendapatan, telah jatuh dalam dekad yang lalu, sebahagiannya disebabkan oleh dasar-dasar sosial yang dipertingkatkan dan langkah-langkah yang menyokong lebih ramai individu dalam pekerjaan.



Sebelum mengambil kira perakaunan bagi cukai dan pemindahan, koefisien Gini telah jatuh pada tahun 2021 kepada 0.444 daripada 0.452 pada tahun sebelumnya, sebagai hasil daripada pemulihan pendapatan yang lebih kukuh di kalangan golongan berpendapatan rendah, kata laporan itu.



Menurut laporan itu, terdapat beberapa bidang yang perlu ditangani seperti penderaan kanak-kanak dan golongan dewasa yang mudah terjejas, kesihatan mental secara keseluruhan dan pengurusan kesihatan fizikal, terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik.



Satu lagi cabaran yang diketengahkan laporan itu ialah jumlah kadar kesuburan Singapura.



Laporan itu menyatakan bahawa jumlah kadar kesuburan menurun kerana sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan individu yang berkahwin lewat dan juga pasangan yang telah berkahwin namun mempunyai jumlah anak yang sedikit.



Bagi isu lain yang disebutkan, lebih banyak laluan sedang disiapkan melalui pilihan yang lebih mesra karbon seperti berjalan kaki, berbasikal dan pengangkutan awam.



Lebih banyak panel solar juga telah dipasang di blok-blok lembaga perumahan.



Selain itu, terdapat penurunan dalam jenayah fizikal, khususnya kes pecah rumah dan kecurian, tetapi peningkatan dalam kadar jenayah keseluruhan didorong oleh lebih banyak penipuan.



Laporan itu juga mengandungi bab khas mengenai pengukuhan daya tahan rantaian bekalan Singapura sebagai respons kepada gangguan beberapa tahun kebelakangan ini.



Ia menyatakan usaha Singapura dalam menyimpan stok makanan dan barangan keperluan lain, di samping mengukuhkan keupayaan pengeluaran dan penyelidikan dalam negara dan membina sumber kewangan.



Dalam pada itu, ia juga menyeru agar penduduk kekal berdaya tahan.



"Sebagai sebuah negara, daya tahan kita dicerminkan dalam bagaimana kita secara kolektif menyesuaikan diri untuk mengatasi cabaran-cabaran baru, menjalin perpaduan, membantu orang lain dalam masa-masa yang memerlukan dan muncul lebih kuat setelah mengalami krisis," menurut laporan tersebut.




"Dua tahun yang lalu tidak mudah. Tetapi kami telah mengatasi pandemik itu dengan lebih kukuh melalui usaha kolektif rakyat Singapura, masyarakat, perniagaan, dan pemerintah.

Sedang dunia bergelut dengan kesan pandemik, inflasi global dan ketegangan geopolitik, ia menyebabkan masa depan penuh dengan ketidaktentuan.

Kami harus jelas mengenai cabaran dan peluang yang ada dan bersikap bersatu dalam bekerja untuk masa depan yang lebih baik untuk Singapura."

- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu catatan Facebook.




KAD LAPORAN SEKTOR AWAM



PENDIDIKAN



  • Lebih 60 peratus kanak-kanak daftar dalam prasekolah sokongan pemerintah

  • Sekitar 660,000 manfaatkan inisiatif SkillsFuture pada 2021

EKONOMI



  • Ekonomi Singapura berkembang 7.6 peratus pada 2021 setelah mengecut 4.1 peratus pada 2020

  • Kadar pengangguran dalam kalangan penduduk berkurangan ke 6,430 pada 2021 setelah mencapai paras tinggi 14,380 pada 2020

PENJAGAAN WARGA TUA



  • Kapasiti rumah penjagaan berkembang kepada 12,000 ruang pada 2021

  • Pusat penjagaan harian meningkat kepada kadar kapasiti sebanyak 8,300

  • Terdapat 17,000 katil di rumah penjagaan

SISA RANTAIAN BEKALAN



  • Makanan diimport dari sekitar 180 negara dan rantau

  • Kira-kira 260 ladang makanan di sini hasilkan barang makanan yang biasa dimakan seperti telur, makanan laut dan sayur-sayuran

GOLONGAN MEMERLUKAN



  • Sekitar 2,140 kes baru berkaitan perlindungan kanak-kanak pada 2021, naik daripada 1,300 pada 2020

  • Talian bantuan Institut Kesihatan Mental menerima 64,000 panggilan pada tahun kewangan 2021, naik 39 peratus berbanding tahun sebelumnya

  • Koefisien Gini pada 2021 jatuh kepada 0.444 daripada 0.452 tahun sebelumnya

KEMAMPANAN DAN ALAM SEKITAR



  • Lebih tiga dalam empat perjalanan waktu sibuk dibuat melalui berjalan kaki, berbasikal atau guna pengangkutan awam

  • Lebih 450,000 pokok ditanam di bawah gerakan 'OneMillionTrees'

  • 93 peratus isi rumah tinggal dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari sebuah taman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >