Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kad Touch 'n Go dijual di beberapa wadah e-dagang pada harga tinggi

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



BEKALAN kad Touch 'n Go sekarang amat terhad, membuat harganya melambung bagi mereka yang ingin mendapatkannya segera.



Dan ada orang cuba mengambil kesempatan daripada situasi itu.



Tinjauan Berita Harian (BH) di beberapa platform e-dagang menunjukkan kad itu dijual pada harga setinggi $35 meskipun ia tidak mempunyai sebarang nilai.



Harga rasmi kad Touch 'n Go tanpa nilai ialah $10.



Di platform e-dagang Lazada ada penjual yang menjual kad Touch 'n Go dengan harga yang lebih tinggi daripada nilai dikandunginya.



Sebagai contoh, kad yang mengandungi nilai RM50 ($15.50) umpamanya, dijual pada harga $65.



Di Carousell, ada individu menawarkan khidmat menambahkan nilai bagi mereka yang mempunyai kad Touch 'n Go.



Mereka mengenakan bayaran $30 bagi menambah RM50.



Sementara itu, usaha BH membeli kad Touch 'n Go di beberapa kedai runcit di sini juga tidak berhasil.



Stok kad itu kehabisan di beberapa kedai 7-Eleven, iaitu kedai rasmi yang menjualnya di sini.



Stok kad EZ-Link Touch 'n Go Motoring, yang dijual penyedia pembayaran dalam talian EZ-Link, juga kehabisan.



Ia juga tidak dapat dibeli di kedai dalam talian rasmi EZ-Link di Shopee. Tiada maklumat mengenai stok baru juga diberikan kepada pengguna.



Seorang penjual di satu kedai 7-Eleven memberitahu BH beliau tidak tahu bila bekalan baru akan sampai.



"Saya sering mendapat pertanyaan mengenai kad ini. Ini tidak menghairankan kerana ramai orang ingin ke sebarang tambak sejak sempadan dibuka semula.



"Tapi stok sudah lama habis, dan kami memberitahu pelanggan kami tidak dapat berita atau kemas kini mengenai bekalan baru daripada pembekal," kata seorang eksekutif runcit yang hanya ingin dikenali sebagai Ravi.



Demikian juga semasa BH pergi ke beberapa cawangan kedai Cheers.



Menjawab pertanyaan BH, seorang pegawai perkhidmatan pelanggan syarikat Touch 'n Go, yangberpangkalan di Malaysia, berkata stok kad itu "sudah habis" di Malaysia. Beliau juga tidak dapat mengatakan bila stok baru itu akan ada, dan berkata syarikatnya akan membuat pengumuman apabila stok ada semula.



Seorang pemandu Encik Muhaimin Sidik, 35 tahun, berkata beliau berharap bekalan kad itu akan ditambah bagi memenuhi permintaan di sini.



"Ramai yang ingin memandu ke sana tetapi khuatir mereka akan tersekat di imigresen kerana masalah kad Touch 'n Go. Jadi, lebih menyenangkan hati jika beli kad baru supaya proses kemasukan ke JB mudah dan tanpa kerisauan," ujar beliau, yang bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat itu.



Beliau juga berharap khidmat tambah nilai dapat disediakan semula di pusat imigrisen untuk membantu mengurangkan masalah kekurangan kad ini.



"Dulu senang sahaja untuk mendapatkan kad atau menambah nilai kad di pusat imigrisen. Mungkin, pihak yang bertanggungjawab boleh membuka semula satu lorong bagi orang yang perlukan khidmat ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >