BERTERIMA kasih - inilah yang diluahkan oleh Cik Sarah Lim (gambar atas), sebagai pekerja jagaan kesihatan yang pertama menerima vaksin Covid-19.
Jururawat staf kanan berusia 46 tahun itu ialah sebahagian pasukan yang berhadapan kes-kes Covid-19 yang disyaki, di Klinik J di Kawasan Keselamatan Khas Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID).
"Saya berterima kasih menjadi orang pertama menerima vaksin ini, saya berharap untuk menggalak orang lain agar mendapat vaksinasi terhadap Covid-19," kata Cik Lim kepada media selepas menerima suntikan vaksin itu.
Menurutnya, proses vaksinasi itu berjalan baik dan beliau tidak merasakan sebarang kesakitan.
"Saya merasakan ia tanggungjawab saya sebagai jururawat untuk mendapat vaksin dahulu bagi melindungi orang lain, dalam menjaga pesakit saya setiap hari mahupun melindungi keluarga saya," ujarnya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg