Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

JRL jimatkan 30 minit masa perjalanan

Apr 7, 2021 | 5:30 AM
BANTU JIMATKAN MASA: Setelah stesen-stesen MRT ini siap dalam masa akan datang, ia dijangka menjimatkan masa perjalanan penumpang sekitar 30 minit. - Foto LTA
BANTU JIMATKAN MASA: Setelah stesen-stesen MRT ini siap dalam masa akan datang, ia dijangka menjimatkan masa perjalanan penumpang sekitar 30 minit. - Foto LTA -

LALUAN Daerah Jurong (JRL) sepanjang 24 kilometer akan menjadi laluan MRT ketujuh Singapura.

Ia merupakan laluan pertama yang tidak mempunyai stesen MRT di bawah tanah.

Apabila siap kelak, ia akan mempunyai 24 stesen dan tiga pusat tukaran bas - Choa Chu Kang, Boon Lay dan Jurong East.

Laluan itu diharap dapat meningkatkan ketersambungan di bahagian barat Singapura dengan menghubungkan kawasan-kawasan yang tidak mempunyai laluan kepada rangkaian rel seperti Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Kawasan Perindustrian Jurong dan kawasan Tengah.

LTA berkata stesen di Choa Chu Kang, Boon Lay dan di daerah Jurong akan memanfaatkan 60,000 isi rumah yang perlu hanya 10 minit untuk berjalan kaki ke stesen MRT.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg