Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA: MENJELANG HAJI 2022

Jemaah haji dinasihat agar waspada cegah jangkitan Covid-19

Turut berhadapan cuaca musim panas di Arab Saudi
Jun 17, 2022 | 05:30 AM



JEMAAH haji Singapura telah diberi nasihat kesihatan tambahan oleh agensi mereka sebagai langkah berjaga-jaga di tengah-tengah situasi Covid-19 sedang mereka bersiap sedia berangkat ke Tanah Suci bagi musim haji akan datang ini, kata beberapa ejen yang menawarkan pakej haji.



Ini kali pertama jemaah Singapura dapat menunaikan rukun Islam kelima itu selepas dua tahun dek pandemik Covid-19.



Beberapa ejen yang menawarkan pakej haji memberitahu Berita Harian bahawa antara nasihat yang diberi kepada jemaah adalah mengamalkan langkah pencegahan seperti mengurangkan kontak fizikal dengan jemaah lain dan membawa kit ujian pantas antigen (ART) dan pelitup muka.



Arab Saudi mula menerima kedatangan jemaah haji antarabangsa buat kali pertama selepas dua tahun sejak pandemik Covid-19 melanda pada 2020.



Selain keprihatinan pandemik, jemaah haji tahun ini dijangka mengalami satu lagi cabaran - cuaca musim panas di Arab Saudi pada pertengahan tahun yang boleh mencapai suhu melebihi 40 darjah Celsius.



Pemilik Kumpulan Shahidah Travel & Tours, Encik Ayoob Angullia, berkata jemaah haji telah diberitahu tentang apa yang harus dilakukan sekiranya mereka dijangkiti Covid-19, seperti keperluan mengasingkan diri jika diuji positif.



"Jemaah harus persiapkan diri mereka dari segi mental dan jasmani. Sepertimana kita telah mengikuti protokol kesihatan di Singapura, kita harus terus amalkan langkah pencegahan.



"Jemaah harus kurangkan kontak fizikal dengan orang lain dan jaga kesihatan mereka sebelum mereka berangkat. Ini supaya mereka terus selamat dalam keadaan pandemik ini," kata beliau.



Tahun ini, seramai 407 jemaah, terdiri daripada mereka yang sebelum ini sepatutnya melakukan ibadah haji pada 2020, diberi peluang menyempurnakan rukun Islam kelima itu selepas memenuhi syarat baru yang ditetapkan Kementerian Haji dan Umrah kerajaan Arab Saudi.



Jumlah jemaah itu merupakan 45 peratus daripada kuota rasmi negara seramai 900 jemaah sebelum ini.



Jemaah Singapura boleh memilih antara 10 pakej haji yang ditawarkan dua Ejen Penjualan Individu (IGSA) dan dua GSA Konsortium (CGSA) yang dilantik Muis untuk mengendalikan ibadah haji 2022.



IGSA yang dilantik adalah Halijah Travels dan Shahidah Travel & Tours.



Sementara itu, CGSA yang telah dilantik adalah Jalaluddin Travel & Services dan TM Fouzy Travel & Tours selaku ejen utama.



Syarikat Jalaluddin Travel & Services akan mengetuai konsortium meliputi Hagel Travel & Tours dan Noor Mohamad Services & Travel, manakala konsortium diketuai TM Fouzy akan meliputi Hamidah Travel & Tours dan Hahnemann Travel & Tours.



Pada 9 April lalu, Arab Saudi mengumumkan sejuta jemaah haji dari dalam dan luar negara dibenarkan melakukan ibadah itu tahun ini.



Namun, beberapa syarat dikenakan, termasuk memastikan jemaah berumur di bawah 65 tahun dan sudah melengkapkan vaksin Covid sepenuhnya.



Jemaah juga wajib menunjukkan keputusan negatif ujian calitan tindak balas rantaian polimerase (PCR) Covid-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.



Pengarah Hagel Travel and Tours, Syed Agil Syed Hamid Alkaff, berkata jemaah dinasihatkan agar terus melaksanakan langkah berjaga-jaga yang sudah diamalkan di Singapura untuk melindungi diri mereka daripada dijangkiti koronavirus.



Beliau menambah bahawa pihak agensinya juga sedang membuat aturan bagi kesemua 40 jemaah haji mereka menjalani ujian PCR prakeberangkatan di tempat yang sama.



Syed Agil turut menasihatkan jemaah agar bersiap sedia mengharungi cuaca panas yang dijangkakan di Tanah Suci.



"Mereka harus menjaga kesihatan mereka, lebih-lebih lagi sebelum mereka berangkat. Mereka juga perlu bawa barang dan pakaian yang sesuai dalam suasana cuaca panas," kata beliau, sambil menambah kebanyakan kegiatan di luar tertumpu di Arafah dan Mina semasa di sana.



Pengurus haji dan umrah Hamidah Travel & Tours, Shaik Dawood Mohd Yacobb, pula berkata jemaah digalak membawa kit ujian ART dan pelitup, di samping mengambil suntikan tambahan seperti bagi selsema dan meningitis.



"Nasihat saya untuk jemaah adalah untuk mengikut peraturan kerajaan Arab Saudi dan GSA masing-masing. Ikut segala nasihat dan arahan GSA dan jangan lakukan perkara di luar pengetahuan GSA," kata beliau.




"Jemaah harus persiapkan diri mereka dari segi mental dan jasmani. Sepertimana kita telah mengikuti protokol kesihatan di Singapura, kita harus terus amalkan langkah pencegahan.

Jemaah harus kurangkan kontak fizikal dengan orang lain dan jaga kesihatan mereka sebelum mereka berangkat. Ini supaya mereka terus selamat dalam keadaan pandemik ini."

- Pemilik Kumpulan Shahidah Travel & Tours, Encik Ayoob Angullia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >