Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah boleh pilih daripada 30 pakej haji: Muis

Feb 11, 2023 | 05:30 AM



SEBANYAK 13 ejen pelancongan telah dilantik oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk mengendalikan khidmat haji bagi semua jemaah Singapura tahun ini.



Bakal jemaah haji Singapura boleh memilih daripada 30 pakej yang telah diluluskan, menurut satu kenyataan Muis semalam.



Secara purata, harga pakej haji naik sekitar $1,500 jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, terutamanya disebabkan kos penginapan dan cukai pemerintah yang lebih tinggi.



Harga pakej haji biasa secara purata ialah sekitar $14,150 bagi dua sebilik.



Harga pakej paling rendah ialah $8,490 bagi empat orang sebilik.



Harga pakej tidak termasuk kos Bantuan Perubatan Kecemasan (EMA) dan tambang penerbangan.



Jemaah digalak membeli insurans perjalanan tambahan untuk menambah perlindungan insurans yang disediakan EMA.



Tahun lalu harga pakej paling rendah yang ditawarkan ialah $6,830 bagi penginapan untuk empat orang sebilik, manakala yang tertinggi ialah $15,125 bagi dua orang sebilik.



Tahun ini sebanyak 15 pakej yang ditawarkan merupakan pakej jangka pendek, iaitu tempoh antara 15 dengan 23 hari.



Lagi 15 pakej adalah pakej jangka panjang, iaitu tempoh antara 24 dengan 30 hari.



Dalam kenyataannya semalam, Muis berkata mereka telah mengeluarkan surat tawaran kepada 900 bakal jemaah tahun ini.



Semua jemaah yang terpilih akan dimaklumkan menerusi SMS dan e-mel untuk melihat surat tersebut menerusi portal MyHajSG.



Untuk mengesahkan tempat bagi haji tahun ini, jemaah perlu membeli pakej haji mereka daripada ejen pelancongan yang diluluskan Muis, serta memenuhi keperluan prosedur yang ditetapkan dalam portal MyHajSG selewat-lewatnya 26 Februari 2023.



Jemaah boleh mendapat maklumat lanjut mengenai ejen serta pakej haji yang diluluskan menerusi laman go.gov.sg/haj2023packages.



Muis menasihatkan calon jemaah haji tahun ini agar menilai pakej yang ditawarkan berdasarkan keperluan dan kemampuan masing-masing sebelum membuat keputusan.



Jemaah juga dinasihati supaya membaca dan memahami kandungan Kontrak Pembelian Pakej Haji (HPPC), terutamanya 'jadual pembayaran', sebelum menandatanganinya.



Ejen pelancongan yang diluluskan juga telah dinasihatkan agar menerangkan butiran penuh kontrak kepada bakal jemaah haji.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >