Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah beri maklum balas sistem 'baru' tempahan automatik solat Jumaat

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



SISTEM tempahan solat Jumaat yang sebelum ini membenarkan jemaah memilih zon mereka, kini menentukan secara automatik zon bagi jemaah.



Langkah dipertingkat ini telah mengundang keprihatinan dalam kalangan jemaah.



Antara lain, jemaah yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata mereka prihatin terhadap warga emas yang mendapati ia sukar menaiki tangga sekiranya diberi zon di tingkat lebih tinggi di masjid yang tidak mempunyai lif, sementara ada yang prihatin anak-anak mereka terpisah daripada mereka.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dalam responsnya, memberitahu BH bahawa peningkatan ini adalah untuk "memudahkan proses tempahan bagi individu" dan atas dasar siapa dahulu didahulukan.



Antara yang menyuarakan keprihatinan ialah Encik Nur Rahman Amat, 37 tahun, yang telah membuat tempahan bagi dirinya dan ayahnya berusia 77 tahun.



Mereka diberi dua zon berbeza, lantas beliau tidak tahu bagaimana dapat menjaga ayahnya yang memerlukan bantuan.



Beliau prihatin akan orang tua atau mereka yang kurang upaya yang perlu menaiki tangga memandangkan tidak semua masjid mempunyai lif serta bagi bapa yang terpisah dengan anak mereka.



Dalam respons Muis kepadanya, Encik Rahman berkata masjid akan menghulurkan bantuan dan akan memenuhi keperluan jemaah.



Encik Rahman mencadangkan zon di sistem tempahan ditiadakan sepenuhnya tetapi membenarkan masjid untuk meletakkan jemaah di zon-zon tertentu apabila mereka tiba di masjid.



"Kakitangan masjid boleh mengkhaskan satu zon khusus buat warga emas dan golongan kurang upaya," kata beliau yang bekerja dalam bidang perkhidmatan awam.



Seorang lagi jemaah, Encik Muhammad Haziq Mustafa, 27 tahun, memberi saranan bahawa sewaktu membuat tempahan, pihak Muis boleh mempertimbang memberi pilihan bagi pengguna menyatakan sekiranya mereka perlu bantuan sepertimana di hospital, pesakit ditanya sama ada memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.



"Saya rasa sistem sebelum ini sudah cukup baik, tiada apa-apa yang perlu diperbaiki," ujar jurutera reka bentuk produk itu.



Berkongsi pengalaman, jemaah Masjid Al-Muttaqin, Encik Idhamsahbani Ahmad, 47 tahun, berkata dalam keadaan sebegini, kedua-dua masjid dan jemaah perlu memainkan peranan.



Beliau sendiri mempunyai masalah naik tangga, dan apabila memberitahu pegawai yang bertugas mengenai hal tersebut, mereka dengan hemah mengaturkan agar beliau solat di lantai yang sesuai.



"Saya rasa pihak masjid akan sedaya upaya membantu jemaah, seperti menyediakan ruang dan kerusi untuk jemaah yang solat duduk seperti saya. Saya rasa sukarelawan masjid kini lebih prihatin akan keperluan jemaah.



"Komunikasi dan saling menghormati antara jemaah dan pihak masjid memainkan peranan penting dalam memberi dan menerima khidmat yang baik," kata karyawan undang-undang itu.



Di samping itu, ada juga yang mendapati sistem sekarang ini lebih memudahkan.



Antaranya ialah Cik Nurani Esoof, 32 tahun, yang sering membuat tempahan bagi ayahnya.



"Ia menjimatkan masa lebih-lebih lagi apabila anda sedang terburu-buru mendapatkan masjid dan sesi yang anda mahu sebelum slot tiada," ujar beliau yang bekerja dalam perkhidmatan awam.



Dalam melangkah ke depan, Muis berkata masjid bersedia menguruskan saiz jemaah lebih besar, mengambil kira keperluan khas beberapa jemaah menerusi sumber dan keupayaan di masjid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >