Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA: DI SINGAPURA KESAN PEMBUKAAN SEMPADAN SG-M'SIA KE ATAS PERNIAGAAN

JB dah buka! Seronok berbelanja, senggara kereta dan bercuti sekeluarga

Jun 11, 2022 | 05:30 AM



DENGAN sedolar Singapura boleh mendapat lebih RM3.15, ia memang tidak boleh nafikan daya tarikan Malaysia sebagai tempat membeli-belah yang menarik bagi warga Singapura.



Setelah sempadan dibuka sejak 1 April lalu, ramai yang mula berpusu-pusu ke Seberang Tambak untuk membeli-belah, menyenggara kereta mereka atau pun bercuti berdasarkan tinjauan wartawan di Johor baru-baru ini.



Memandangkan inflasi sedang melanda, kebanyakan yang ditemui mengatakan bahawa keutamaan mereka adalah untuk membeli keperluan rumah, antaranya seperti barangan dan keperluan dapur, perkakas rumah, dan kudapan.



Terdapat juga mereka yang mengambil kesempatan untuk meninjau barangan hantaran yang bakal digunakan untuk majlis persandingan.



Seperti yang dilakukan Encik Jufri Abdul Salim, 37 tahun, bersama bakal isterinya, Cik Saki Hareyama, 40 tahun.



Kededua mereka ditemui ketika sedang memasuki sebuah gedung menjual keperluan persandingan semasa dihampiri wartawan.



Menurut Encik Jufri amalan masuk ke Johor Bahru (JB) sememangnya dilakukannya sejak sekian lama untuk bertemu dengan rakan-rakan selain membeli barangan keperluan.



"Saya memang dari dulu atau bertahun lamanya, sudah masuk JB hampir setiap minggu. Sebabnya abang saya menetap di sini bersama keluarganya, jadi saya biasa kunjungi beliau.



"Sejak sempadan ditutup, memang dah tak masuk, cuma baru-baru ni saya dah mula kembali masuk ke sini beli barang keperluan peribadi dan barang rumah.



"Dan tiap kali masuk mungkin saya belanjakan dalam $150," kongsinya lagi.



Memandangkan tukaran wang ringgit yang kini semakin merosot, beliau ambil kesempatan untuk membeli keperluan barangan persandingannya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi, katanya yang merupakan konsultan pemulihan (occupational).



Malah, bakal isterinya itu juga sering berbelanja di JB sebelum pandemik melanda.



Beliau yang berasal dari Jepun dan telah bekerja di Singapura dalam industri kecantikan sejak empat tahun lalu gemar mendapatkan khidmat mengurut setiap kali masuk ke JB.



Justeru pasangan itu bercadang untuk teruskan amalan merentas ke Johor selepas berumah tangga.



"Malah selepas berumah tangga nanti, saya akan terus masuk ke JB untuk mendapat keperluan rumah, selain duduk makan minum bersama isteri dan sahabat juga," ujar Encik Jufri lagi.



Bagi seorang warga senja, Encik Safari Minhat, 72 tahun, beliau sanggup menanti sehingga dua tahun sebelum akhirnya mengam keputusan untuk menghantar keretanya ke sebuah bengkel kereta di Taman Indah di Johor untuk disenggara.



Pesara itu bersama isterinya yang berusia 68 tahun juga mempunyai sebuah rumah di Johor, yang kerap dikunjunginya selepas sempadan dibuka.



"Sepanjang dua tahun tak masuk, bimbang juga akan keadaan rumah.



"Kini dah boleh masuk, dan memandangkan saya dah bersara, kini saya mampu masuk seminggu sekali ke mari.



"Kekadang balik pada hari yang sama tetapi kadang-kala kami juga bermalam di rumah kami di JB," katanya.



Untuk penyelenggaraan keretanya, bapa empat anak yang sudah bergelar datuk itu anggarkan kos yang dikenakan bengkel yang biasa dikunjungi ialah sekitar RM1,000.



Ini termasuk menukar minyak enjin serta pembaikan pada beberapa bahagian enjinnya.



Seorang lagi warga Singapura, Syed Eeszadh Alsagoff, 51 tahun, berkata beliau masuk ke JB sekitar sekali setiap minggu, untuk membeli keperluan dapur dan rumah, selain mencuci kereta dan mengisi minyak.



"Kami juga mengunjungi rumah saudara mara bila ada kesempatan, selain menginap di hotel di kawasan JB untuk berehat," kata bapa empat anak itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >