ISTANA akan dibuka kepada orang ramai hari ini dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang sempena sambutan Hari Pekerja.
Pelbagai acara telah diatur menanti pengunjung, antaranya persembahan muzik oleh Sekolah Rendah Paya Lebar Methodist, band belia NTUC dan River Valley High; persembahan tarian oleh Persatuan Rakyat (PA), dan sesi senam Zumba yang pertama kali diadakan di ruang Istana oleh Local Focus Singapore.