Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISD iktiraf pegawai sempena sambutan ulang tahun ke-75

Pameran turut papar kes bersejarah, peristiwa penting sejak penubuhan
Oct 25, 2023 | 08:38 PM



Menjalankan tugas secara rahsia membolehkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) kekal selangkah lebih depan daripada potensi ancaman, tetapi terdapat keperluan mendesak untuk membuat orang ramai faham dan percaya akan misi, nilai dan peranan ISD.

Ini bukan sahaja memudahkan sokongan dan kerjasama orang ramai dalam memastikan Singapura selamat, bahkan meningkatkan daya tarikan dan pengambilan bakat, kata ISD dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Selasa.


Di samping kewujudan ancaman tradisional seperti pengganasan, subversi, ekstremisme dan pengintipan, ancaman baru terus muncul pada zaman sekarang, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Encik Shanmugam, bersama Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, hadir di acara jamuan malam tertutup sempena ulang tahunnya ke-75 pada Selasa di The Ritz-Carlton, Millenia Singapore.

“ISD akan terus melaksanakan misinya untuk melindungi keselamatan dalaman negara kita, daripada ancaman dalaman dan luaran, dan ia akan melakukannya dengan rakan kongsi daripada Home Team, masyarakat dan seluruh Singapura.

“ISD telah mengembangkan usaha penglibatan awamnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan ia akan terus mencari jalan untuk melibatkan diri serta memupuk kepercayaan dan sokongan dengan masyarakat,” kata Encik Shanmugam.

Beliau juga memuji peranan utama yang dimainkan ISD dalam memastikan Singapura selamat dan stabil, walaupun sebelum Singapura mencapai kemerdekaan.

Untuk menampilkan pengiktirafan kepada pegawainya, ISD telah menyusun atur satu pameran pada acara jamuan malam ulang tahunnya, yang memaparkan kes bersejarah dan peristiwa penting yang ditangani ISD sejak penubuhannya pada 1948.

Antara kes tersebut adalah satu serangan grenad yang dilakukan Parti Komunis Malaya (CPM) terhadap dua pegawai ISD dan pemandu kereta mereka pada 11 September 1952.

Kedua-dua Ketua Inspektor Lau Siew Foo dan Detektif Sarjan Yow Chong Hoi cedera parah tetapi terselamat daripada serangan itu.

Juga dipamerkan adalah satu nota ancaman dan tiga peluru kosong yang dihantar kepada pejabat ISD pada November 1950.

Nota itu berkata, “Inspektor Polis, ketiga-tiga ‘khazanah’ (peluru) ini adalah buat anda. Kami akan melawat anda apabila kami mempunyai peluang”.

Menurut ISD, selain menunjukkan pengiktirafan kepada pegawainya, pameran itu juga bertujuan menyerlahkan nilai penting yang dipegang pegawai ISD seperti keberanian, pengorbanan diri, kesetiaan dan keutuhan.

Di pameran tersebut, ISD menekankan sasaran barunya iaitu untuk menjadi lebih terbuka dan membuat orang ramai faham dan percaya akan misi, nilai dan peranannya.


Sebagai sebahagian usaha mendekati orang awam, ISD telah melancarkan media sosialnya seperti Facebook dan LinkedIn.

“Beralih ke media sosial merupakan langkah strategik untuk bersedia bagi masa hadapan. Seperti bagaimana kita perlu proaktif dan tidak reaktif dalam menangani ancaman keselamatan, ia adalah sama dengan media dan perhubungan.

“Kita harus mendahului perubahan. Kehadiran kita di media sosial bertindak sebagai jambatan antara ISD dengan orang awam,” kata seorang pegawai perhubungan ISD yang hanya dikenali sebagai AL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >