Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IRO gesa rakyat S’pura bersatu di tengah-tengah konflik di Gaza

Oct 22, 2023 | 07:20 PM



Dalam menjalani kehidupan dengan masyarakat sezaman, adalah penting untuk rakyat Singapura mengelak daripada menyuarakan pendapat yang boleh menimbulkan kemarahan atau kebencian yang menjejas masyarakat lain, atau sehingga membawa kepada keganasan.

Demikian kata Presiden Pertubuhan Antara Agama (IRO), Encik Noor Marican, ketika beliau berucap semasa satu acara kolektif untuk mendoakan keamanan, keselamatan, keharmonian dan perpaduan untuk situasi di Timur Tengah.

Encik Noor berkata rakyat Singapura mesti bersatu dan menegaskan semula nilai-nilai agama yang dikongsi bersama yang mengukuhkan negara.

“Dalam masa yang mencabar ini, IRO tetap teguh dalam menegakkan prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan kami. Prinsip-prinsip ini menggalakkan usaha mencapai keamanan dan muhibah di kalangan semua orang dan berfungsi sebagai asas keharmonian agama di Singapura.

“Kita mengulangi kata-kata pemimpin kita yang telah mengingatkan kita supaya tidak membiarkan peristiwa luar menjejaskan hubungan komunal kami di Singapura.

“Kami menyeru rakan senegara dan penduduk Singapura agar mengutamakan nilai-nilai bersama sambil berusaha untuk keamanan dan perpaduan. Ini bermula dengan menunjukkan kepekaan, kepedulian dan rasa belas kasihan terhadap satu sama lain,” jelas Encik Noor.

Lebih 100 pemimpin agama dan anggota IRO berkumpul pada Ahad di Galeri Harmoni dalam Kepelbagaian (HDG) untuk mendoakan keamanan dan keselamatan orang awam di Israel dan Gaza. Acara itu turut disertai oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Encik Noor turut menekankan bahawa semasa konflik, selalunya orang yang tidak bersalahlah yang paling menderita.

Beliau menambah bahawa realiti konflik adalah pahit, dengan keluarga berantakan, kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dan masyarakat ditinggalkan dalam keputusasaan.

“Kami berdoa untuk penduduk Israel dan Gaza, untuk keselamatan mereka, dan untuk mengakhiri penderitaan mereka.

“Kami juga berdoa untuk para pemimpin dan mereka yang membuat keputusan yang terlibat dalam konflik itu. Semoga mereka mendapat kebijaksanaan dan keberanian untuk mencari penyelesaian secara damai, untuk terlibat dalam dialog, dan berusaha ke arah perdamaian.

“Dalam kepelbagaian kami, kami percaya pada kuasa dialog dan kemungkinan keamanan. Semoga doa kolektif kami menjadi suara harapan bagi semua yang terlibat,” kata Encik Noor dalam ucapannya.

Sementara itu, Encik Tharman menyeru agar rakyat Singapura kekal bersatu sementara negara bersedih di atas kehilangan nyawa tidak bersalah dan mereka yang cedera dalam konflik antara Israel dan Hamas.

“Keadaan ini juga menekankan sekali lagi dalam masa sukar ini apa yang kita kongsi sebagai rakyat Singapura, merentasi apa sahaja agama kita,” ujar Encik Tharman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >