Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Impian miliki rumah sendiri tercapai

Feb 08, 2021 | 05:30 AM



SEJAK 2015, Cik Mehroo Nisha Banu Mohamed dan keluarga menetap di flat sewa dua bilik di Bukit Merah.



Namun, dalam tempoh beberapa tahun sahaja lagi, mereka boleh tinggal dalam rumah tiga bilik yang lebih besar dan selesa yang dimiliki sendiri.



Cik Mehroo, 33 tahun, akur tidak pernah menjangkakan dapat menjadi pemilik rumah kerana tidak yakin sama ada beliau dan suami mampu membeli flat mereka sendiri.



"Tapi sekarang kami sudah dapat flat BTO (Bina Ikut Tempahan) sendiri. Saya sangat ghairah dan kami semua tak sabar mendapatkan kunci dalam beberapa tahun akan datang," katanya dalam kenyataan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semlam.



Mereka sekeluarga telah memilih flat BTO di Tengah yang dijangka siap jelang 2025.



Estet tersebut merupakan pilihan pertama mereka katanya, sambil menambah:



"Kami dengar Tengah bakal menjadi bandar baru yang penuh dengan kehijauan, dan kami suka tinggal dalam persekitaran sedemikian."



Cik Mehroo, yang telah secara aktif mencari flat sejak 2019 telah didekati Pasukan Sokongan Pemilikan Rumah (HST) daripada HDB awal tahun lalu.



Pasukan tersebut telah membimbingnya tentang bajet perumahan dan pemilihan flat, yang akhirnya mendorong beliau menempah flat BTO tiga bilik itu.



Seorang lagi penduduk flat sewa yang kini sudah memiliki flatnya sendiri, Encik Jumali Rebin, 43 tahun, berkata lima anaknya merupakan motivasi terbesar beliau dan isteri membuat keputusan membeli rumah sendiri.



"Kami sedar kami memerlukan tempat yang lebih luas serta persekitaran yang lebih kondusif di mana anak-anak kami boleh membesar," kata teknisyen itu.



Beliau pada awalnya tidak yakin dapat memampui flat empat bilik, namun atas nasihat dan perkiraan HST, menyedari bahawa beliau sebenarnya boleh membeli flat lebih besar dari tiga bilik sahaja.



"Dengan nasihat dan perkiraan terperinci HST, kami gembira mampu beli flat yang lebih besar bagi keluarga kami yang seramai tujuh orang," tambah Encik Jumali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >