Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UMRAH DIY

Ibu dan anak kongsi pengalaman umrah DIY

Apr 08, 2023 | 05:30 AM



SELEBRITI setempat, Marina Yuhbi Md Yusoff, dan anak perempuannya, Cik Noshin Putri Adel Dzulkarnaen, telah merancang untuk melakukan ibadah umrah semasa Ramadan ini, namun tidak pernah melakukannya secara bersendirian atau 'DIY'.



Bagaimanapun apabila tarikh umrah yang ingin dilakukan tidak dapat dipenuhi kebanyakan ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA), mereka mengambil keputusan membuat tempahan sendiri, termasuk bagi pesawat, hotel dan penginapan.



Hasilnya, pasangan ibu dan anak itu mampu mengunjungi beberapa kawasan yang belum pernah dilawati mereka sebelum ini selain mengikut masa yang diinginkan.



"Memang kami dah lama rancang, tapi hanya mula buat tempahan sekitar sebulan lalu.



"Saya cuba berjumpa dengan salah sebuah GSA yang memberi beberapa tip dan nasihat, dan kebetulan beliau juga tempahkan visa untuk saya, walaupun ia boleh dilakukan sendiri juga secara dalam talian," katanya yang menerima visanya dalam tempoh 24 jam.



Marina, 47 tahun, telah membuat tempahan untuk hotel penginapan di Makkah dan Madinah, selain kereta api antara kededua bandar suci itu secara dalam talian.



Mereka memilih tarikh dari 19 Mac hingga 29 Mac memandangkan Marina bakal menyambung pengajian tahun keempatnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sepulangnya dari umrah.



"Berbaloi juga buat tempahan sendiri sebegini.



"Cuma memandangkan ia semasa musim Ramadan, maka hotelnya naik seganda, dan saya periksa jika akhir Ramadan, maka kos penginapan dan penerbangan boleh naik dua kali ganda.



"Saya periksa jika umrah di luar Ramadan, dan ia dilakukan secara DIY, ia jauh lebih rendah," kata ibu empat anak itu lagi.



Untuk kos penerbangan semasa tempoh ini, beliau anggarkan setiap seorang membayar sekitar $1,400 sementara untuk hotel di kededua Makkah dan Madinah, beliau anggarkan belanja sekitar $2,900.



Ini belum termasuk kos untuk makan dan pengangkutan darat seperti kereta api, teksi dan bas - yang mereka naiki seperti untuk ke Miqat (tempat menjatuhkan niat umrah) dan ke kawasan luar kededua bandar yang belum pernah mereka lawati sebelum ini.



Secara keseluruhannya, beliau anggarkan perbelanjaan mereka mencecah sekitar $4,000 setiap seorang - termasuk makan minum dan lawatan ke muzium.



Beliau dan Cik Noshin Putri, 19 tahun, telah beberapa kali melakukan umrah sebelum ini dan kededua mereka mampu berbahasa Arab.



Lantas mereka mampu berbicara dengan para pemandu setempat semasa menggunakan khidmat seperti kenderaan sewa privet di sana.



Cik Noshin yang baru menerima keputusan Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP), menganggap pengalaman umrah DIY sememangnya cukup menarik buatnya.



"Saya rasa tidak terikat kepada sebarang rutin yang biasa diatur pihak GSA. Jadi kami bebas ke mana kami hendak, termasuk ke luar kawasan bandar suci untuk mengetahui dan menikmati cara kehidupan penduduk setempat," jelasnya.



Ditanya tentang isu keselamatan, Cik Marina menjawab:



"Memang keselamatan kami fikirkan.



"Tapi Alhamdullilah sejauh ini kami bertemu dengan para pemandu yang baik yang banyak membantu kami."




"Saya tidak terikat kepada sebarang rutin yang biasa diatur pihak GSA. Jadi kami bebas ke mana kami hendak, termasuk ke luar kawasan bandar suci untuk mengetahui dan menikmati cara kehidupan penduduk setempat."
...Memang keselamatan kami fikirkan.
...Tapi Alhamdullilah sejauh ini kami bertemu dengan para pemandu yang baik yang banyak membantu kami."
- Marina Yuhbi Md Yusoff, selebritI setempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >