Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan S'pura-Brunei diperkukuh

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Pertahanan Dr Ng Eng Hen telah bertemu dengan Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Selasa dan menegaskan semula hubungan pertahanan lama dan rapat antara Singapura dengan Brunei Darussalam.



Sebelum pertemuan itu, Sultan Hassanal telah merasmikan majlis pentauliahan Kapal Diraja Brunei (KDB) AS-SIDDIQ yang turut disaksikan Dr Ng dan dihadiri pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua negara.



Menurut Kementerian Pertahanan (Mindef), KDB AS-SIDDIQ adalah bekas kapal ronda Angkatan Laut Singapura (RSN) yang telah dialihkan kepada Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) minggu lalu.



Kapal tersebut merupakan salah satu daripada dua kapal kelas 'fearless' RSN yang diberi kepada Brunei.



Sejak 2017, kapal ronda kelas 'fearless' yang telah berkhidmat sepanjang lebih dua dekad telah diganti secara beransur dengan Kapal Misi Pesisir (LMV).



Dr Ng di Facebook turut telah memuat naik gambar momento majlis pentauliahan itu yang menunjukkan kedua-dua bendera negara Singapura dan Brunei di atas gambar kapal itu dengan kalimat "lebih teguh bersama".



Mindef semalam berkata, Dr Ng juga telah bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Brunei Darussalam Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (MG) (bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof.



Kedua-dua menteri telah berbincang tentang isu keselamatan serantau dan menegaskan semula kepentingan penukaran dua hala dan kerjasama rapat antara pihak pertahanan kedua-dua Singapura dan Brunei.



Mindef berkata lawatan Dr Ng ke Brunei memaparkan kerjasama teguh antara Singapura dengan negara tersebut dalam bidang pertahanan.



Kedua-dua negara itu juga bekerjasama dalam beberapa platform berbilang hala seperti Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean ADMM dan ADMM-Plus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >