Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN SEKATAN TERKINI COVID-19

Hanya 50 ruang solat Jumaat, 5 waktu setiap sesi

May 16, 2021 | 05:30 AM



MASJID-MASJID akan hanya dapat menawarkan 50 ruang setiap sesi untuk solat berjemaah setiap hari bagi solat Jumaat dan lima waktu, mulai hari ini.



Selaras dengan langah pengurusan selamat (SMM) lebih ketat yang diumumkan kelmarin, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengumumkan panduan itu semalam.



Ini bermakna kesemua slot Zon 2 solat bagi Jumaat mulai 21 Mei dibatalkan secara automatik .



E-mel akan dihantar bagi memaklumkan pembatalan tersebut kepada individu yang terjejas.



Sebelum ini, masjid menawarkan hingga 100 orang untuk solat di masjid.



Selain itu, Muis juga ingin mengingatkan semua jemaah bahawa pendaftaran SafeEntry menggunakan aplikasi atau token TraceTogether sahaja akan mula dilaksanakan di kesemua masjid serata Singapura mulai esok.



Ini kerana ia akan menjadi satu-satunya cara daftar masuk ke masjid dan akan bermula esok.



"Ini adalah masa yang sangat penting bagi masyarakat kita dengan kes jangkitan terus meningkat di seluruh negara setiap hari.



"Marilah kita tetap berwaspada dan terus menegakkan tanggungjawab sosial kita dalam menjaga keselamatan semua orang," tambah Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >