Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab Jagaan Bersepadu langkah penting hurai masalah kurang katil hospital: Ye Kung

Lebih 500 katil ditambah bagi tangani masalah kekurangan katil dalam sistem penjagaan kesihatan
Oct 02, 2023 | 05:06 PM



Setelah pembukaannya tertangguh lebih setahun dek pandemik Covid-19, Hab Jagaan Bersepadu (ICH) Hospital Tan Tock Seng (TTSH) mula menerima pesakit pada Isnin selepas operasi dimulakan minggu lalu.

Kompleks pemulihan baru yang dibina bersebelahan Hospital Tan Tock Seng (TTSH) itu – dijangka dilancar secara rasmi pada 2024 – bertujuan memudahkan peralihan pesakit daripada penjagaan akut kepada penjagaan lanjutan yang kurang memerlukan pemantauan dan seterusnya hingga pesakit pulih.

Ia juga merupakan langkah penting ke arah mempertingkat usaha menangani masalah kekurangan katil dalam sistem penjagaan kesihatan awam, menurut Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Apabila selesai dibina, hab itu akan mempunyai sekitar 608 katil pesakit, termasuk 300 katil bagi tujuan pemulihan dan 35 katil bagi mereka yang memerlukan jagaan paliatif, atau rawatan untuk mengurangkan sakit dan ketidakselesaan dan bukan merawat penyakit.

Dalam ucapan yang disampaikan semasa kunjungannya ke hab itu pada Isnin, Encik Ong berkata:

“Dengan pembukaan ICH, kita mengambil langkah selanjutnya dalam usaha menangani isu kurangnya kapasiti katil yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan awam kita sejauh ini. “

Menurutnya, projek infrastruktur berskala besar seperti Kampus Kesihatan Bersepadu Eastern dan pembangunan semula Hospital Alexandra akan meningkatkan kapasiti sistem penjagaan Singapura dan dijangka selesai menjelang 2030.

Dalam jangka masa pendek pula, pemerintah meneroka pelbagai cara untuk menambah jumlah katil bagi mempertingkat kapasiti menjelang akhir 2023, kata Encik Ong.

Secara keseluruhan, kapasiti tambahan jangka pendek ini merangkumi 1,300 katil tambahan, ujarnya.

“Sejauh ini, kami telah menambah hampir 500 katil, termasuk 30 katil bagi jagaan akut, 90 katil hospital masyarakat, 20 katil bagi Penjagaan Pesakit Rawat Inap Mudah Alih di Rumah atau MIC@Home, dan sekitar 350 katil di rumah penjagaan.

“Kami kini berusaha ke arah menyediakan kapasiti tambahan ini pada akhir 2023. Kapasiti tambahan ini memerlukan lebih ramai tenaga kerja, dan MOH perlu terus memantau infrastruktur pembangunan dan aliran tenaga kerja bagi memastikan ia dapat terus meningkat selaras,” katanya.

Encik Ong turut menggesa warga Singapura supaya “bersabar” sedang pesakit di poliklinik dan hospital meningkat lebih tinggi berbanding sebelum pandemik.

“Dengan warga yang semakin menua, permintaan bagi khidmat penjagaan kesihatan juga semakin meningkat.

“Kami bertekad mengatasi isu ini, dengan membangunkan kapasiti dalam jangka masa pendek dan sederhana, melatih lebih ramai tenaga kerja penjagaan kesihatan, dan menjalankan rancangan demi memastikan warga yang lebih sihat,” katanya.

ICH merupakan sebahagian daripada pembangunan HealthCity Novena, pelan induk yang dibentangkan lebih sedekad lalu.

HealthCity Novena, pembangunan seluas 17 hektar, turut merangkumi Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit dan kampus Sekolah Perubatan Lee Kong Chian bertujuan mewujudkan ekosistem mini dalam sistem penjagaan kesihatan yang lebih luas di Singapura.

Memberikan fokus pada pemulihan, hab baru itu akan mempunyai persekitaran simulasi seperti perhentian bas dan rumah untuk membantu pesakit berlatih menjalani kehidupan tanpa bantuan.

Sebatang jambatan akan menghubungkan ICH dengan bangunan utama TTSH agar pesakit boleh dipindahkan dengan mudah antara kemudahan itu.

Pusat baru itu juga akan menyepadukan pelbagai fungsi, daripada pengawasan kesihatan awam hingga pengurusan penyakit klinikal dan latihan karyawan kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >