Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Ghairah niaga di bazar Raya meski perlu tangani isu pekerja, kos tinggi

Bazar Raya kembali lagi tahun ini dengan lebih gah memandangkan langkah Covid-19 sudah ditiadakan. Beberapa usahawan yang ditemubual BERITA HARIAN berkata mereka bukan sahaja melibatkan diri dalam satu bazar sahaja, tetapi ada yang sehingga tiga bazar untuk memanfaatkan keghairahan pelanggan yang mahu berbelanja sepenuhnya tahun ini. Kami meninjau persediaan yang dilakukan usahawan setempat ini menjelang pembukaan beberapa bazar yang sudah mula beroperasi seminggu sebelum Ramadan.
Mar 11, 2023 | 05:30 AM



ISU pekerja dan harga bahan barangan asas yang tinggi terus menjadi keprihatinan usahawan yang berminat untuk membuka gerai di bazar-bazar Raya merata negara.



Meski terdapat keghairahan untuk melibatkan diri dalam bazar sedang negara pulih daripada belenggu Covid-19, usahawan seperti Cik Raudhah Osman dan suaminya, penyanyi Ryan Sufiyan, perlu mengatasi dua isu ketara ini dengan penuh teliti memandangkan mereka akan terlibat bukan hanya dalam satu acara bazar, tetapi tiga bazar, Ramadan ini.



Pasangan ini, yang merupakan pemilik syarikat Yodaebak yang menjual makanan "sushi bake", berkata pembelian barangan asas yang tinggi memberi tekanan kepada modal keseluruhan yang perlu diperuntukkan.



Menurut Cik Raudhah, 40 tahun, yang bekerja sepenuh masa sebagai pegawai perhubungan dan pengurus unit sumber, harga logistik yang meningkat menyebabkan harga barangan asas yang dibeli turut melonjak.



"Kami dapatkan semua barang daripada pembekal kami langsung dari Jepun.



"Kalau dua tahun sebelum ini, harga 1 kilogram ikan salmon berharga $16, ia kini meningkat kepada $24.



"Untuk 1 kilogram daging lembu juga kalau sebelum ini $11.50, kini meningkat kepada $14.



"Mungkin ada yang berpendapat kenaikannya agak kecil tetapi apabila kami membeli dalam kuantiti yang besar, itu ada perbezaannya," ujarnya.



Dari segi harga bagi penyewaan gerai juga agak tinggi.



Beliau yang menyewa gerai seluas 3 meter kali 2 meter selama sebulan di bazar di Kandahar Street perlu membayar sekitar $13,800.



Ini tidak termasuk harga bagi soket elektrik yang keseluruhannya berharga $16,800.



Di samping itu, beliau turut melibatkan diri dalam dua lagi bazar sampingan di mana kos menyewa keseluruhan sekitar $8,000.



Meskipun demikian, beliau berpendapat tidak wajar untuk beliau menaikkan harga makanan yang perlu dibayar pelanggannya.



Buat masa ini, beliau mengenakan harga $12 bagi setiap "sushi bake" yang dijualnya.



"Saya rasa jika saya pelanggan, ia juga tidak berbaloi untuk meningkatkan harga kepada $18 misalnya.



"Jadi buat masa ini, mana yang harganya boleh kami serap, kami akan melakukannya," katanya lagi.



Menyentuh tentang tenaga pekerja pula, Cik Raudhah berkata ada kalanya memang sukar untuk mendapat pekerja tetap yang bertanggungjawab dan mempunyai lesen untuk menguruskan gerai.



Menurutnya, kini setiap pekerja sekiranya mereka menguruskan makanan, perlu mempunyai sijil Kebersihan Makanan.



Ini bermakna mereka perlu mengikuti kursus Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) secara fizikal selama sehari.



Setiap kursus berharga sekitar $150 yang boleh dibayar dengan menggunakan SkillsFuture.



"Tetapi bagi pekerja muda kami yang berusia di bawah 21 tahun dan tidak mempunyai SkillsFuture, kami akan membayarkan terlebih dahulu untuk mereka," ujarnya.



Seperti setiap pegerai, masalah pekerja yang perlu mengambil cuti pada saat-saat akhir atau tidak hadir kerja memang sesuatu masalah yang sering kali timbul.



"Kami perlu cuba sedaya-upaya untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar. Insya-Allah, ini merupakan penglibatan pertama kami secara meluas dalam bazar Raya, justeru kami berharap ia memberikan satu pengalaman yang bermakna untuk kami," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >