Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Gembira tak terkata’ dapat flat sendiri selepas 15 tahun kahwin

Pemandu penghantaran yang juga bapa empat anak kongsi detik manis dapat kunci BTO 4-bilik di Sengkang
Sep 13, 2023 | 03:21 PM



Rezeki tidak pernah salah alamat.

Demikian prinsip Encik Mohammad Azim Abdul Aziz setelah berjaya mendapatkan flat HDB Bina Ikut Tempahan (BTO) dalam percubaannya yang ketiga.

Pencapaian tersebut lebih manis buat pemandu penghantaran berusia 42 tahun itu selepas ia menamatkan penantian 15 tahun selepas berkahwin untuk mendapatkan flat sendiri.







Menurut bapa empat orang puteri berusia antara 7 dan 14 tahun itu, beliau membuat permohonan pada 2017 dan mendapat kunci flat empat-bilik BTO di Sengkang sekitar awal September 2023.

Beliau merakamkan kisahnya melalui catatan Facebook Lonely Boy SG, yang tular dan dikongsi warga net secara meluas.







Dalam catatan itu, beliau berkata: “Bismillah, saya dirikan rumah tangga pada 2008, semasa berusia 27 tahun. Tiada wang simpanan dan CPF (Tabung Simpanan Pekerja).

“Lima tahun tumpang rumah men

tua (selepas mendirikan rumah tangga). 10 tahun tinggal di rumah sewa.

“Alhamdulillah… pada usia 42 tahun selepas 15 tahun berkahwin dan empat cahaya mata, akhirnya dapat kunci bagi rumah BTO 4-bilik kami.”

Berkongsi kepada Berita Harian (BH), Encik Azim berkata beliau gembira yang tidak terkata apabila melihat keempat-empat anaknya berlari masuk apabila mereka menjejakkan kaki ke rumah baru.


Beliau berkata: “Ia satu perasaan yang sukar digambarkan kerana ia amat luar biasa. Ia membuktikan bahawa sekiranya seseorang bekerja keras secara konsisten, apa jua dapat dicapai.”







Encik Azim berkata beliau menetap di rumah ibu mentuanya dari 2008 hingga 2013 sebelum berpindah ke sebuah flat sewa di kawasan Ang Mo Kio.

Beliau memang menanam hasrat mendapatkan rumah sendiri tetapi keadaan kewangan apabila baru-baru berkahwin tidak mengizinkan, tambahnya.

Secara perlahan, beliau tingkatkan wang simpanan dengan membuat beberapa pekerjaan sampingan untuk merealisasikan impian itu, bersama-sama isterinya - yang beliau sifatkan sebagai pendorong utama.







Menurutnya, beliau cuba membuat permohonan flat HDB di Punggol pada 2012 tetapi tidak meneruskan hajat itu kerana sedang menantikan kelahiran cahaya mata ketiga.

Permohonan kedua juga dibuat untuk flat BTO di Punggol pada 2015 tetapi beliau gagal mendapatkan slot disebabkan respons yang di luar jangkaan.

Sungguhpun demikian, beliau berkata ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba dan dalam percubaan kali ketiga, rezeki berpihak kepadanya.

Encik Azim mengulas bahawa keluarganya kini dalam proses memindah ke rumah baru dan menjangka untuk menyelesaikannya pada penghujung Oktober.

Beliau menambah kebanyakan barangan atau perabot rumah digunakan semula dan tidak banyak kerja-kerja renovasi akan dilakukan.

“Bapa mentua saya ada pesan kalau boleh, elakkan daripada berhutang kerana nanti gaji (yang diraih) tak rasa.

“(Dengan rumah sendiri) ini hanyalah permulaan kerana kini perlu tanggung bil api, air dan lain-lain,” jelasnya.

Beliau menitipkan pesanan untuk rancang kewangan seberapa mungkin untuk kemudian hari, di samping kepentingan pencaruman CPF.

Beliau berkata: “Kalau boleh carilah pekerjaan yang ada pencaruman CPF. Sekiranya tahap kewangan tidak mencukupi ia memang sukar (bagi dapatkan flat).”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >