Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBUKAAN SEMPADAN: LAUT

Gembira dapat jumpa keluarga semula, jimat belanja...

Jun 25, 2022 | 05:30 AM



ADA ingin melawat ahli keluarga yang sudah lama tidak ketemu. Tidak kurang juga mereka yang menggunakan Batam sebagai destinasi transit sebelum menyambung perjalanan menaiki pesawat domestik ke wilayah lain Indonesia.



Kebanyakan warga Singapura pula mengambil kesempatan bercuti singkat di Batam.



Pokoknya, kebanyakan mereka yang sedang berangkat atau baru tiba dari Batam melahirkan rasa senang dengan pembukaan semula terminal penumpang Pusat HarbourFront.



Bagi Cik Yuliawati, 49 tahun, ini kali pertama selepas dua tahun beliau berangkat ke Batam untuk bertemu keluarganya di sana.



Ibu dua anak yang bekerja di sebuah restoran segera di Singapura berkata:



"Sebenarnya, sebelum pandemik Covid-19 melanda saya ke Batam hampir setiap minggu.



"Tapi syukur dengan pembukaan feri terminal HarbourFront ini, sekurang-kurangnya dapat juga bertemu ibu saya yang masih tinggal di sana," katanya.



Cik Yuliawati pergi ke Batam seorang diri memandangkan suami dan anaknya belum mendapat pasport baru yang mereka sudah mohon.



Semasa di Batam, Cik Yuliawati juga merancang "jalan-jalan cari makan" kegemarannya serta mendapatkan khidmat mengurut.



Seorang lagi warga Singapura, Encik Johari Ahmad, 50 tahun, berkata ini kali pertama beliau ke Batam, sebelum melanjutkan perjalanan ke rumah keluarga temanitanya di Medan.



"Saya memang tidak pernah masuk ke Batam dan kebetulan saya ke sana kerana hendak bertukar ke pesawat domestik untuk ke Medan.



"Mujur ada teman saya yang menemani saya, dan mudah-mudahan kami menjadi sebuah keluarga, insya-Allah," kata penyelia pembersihan itu lagi sambil tersenyum memandang temanitanya.



Seperti Encik Johari, sebuah kumpulan seni juga menggunakan Batam sebagai destinasi transit untuk menukar ke pesawat domestik.



Kumpulan Nadi Singapura membuat persembahan di Pekan Baru, Riau, antara 20 dengan 26 Jun di Festival Bandar Serai - sebuah acara persembahan musik.



Pengarah artistik dan pengasas bersama Nadi Singapura, Encik Riduan Zalani, 36 tahun, yang ditemui di terminal feri itu berkata menggunakan pesawat domestik dari Batam lebih menjimatkan berbanding mengambil pesawat antarabangsa dari Singapura.



"Saya anggarkan setiap seorang daripada kami hanya perlu belanjakan tidak sampai $300, termasuk tiket feri dan penerbangan domestik.



"Yang penting, kami dapat tiba dengan selamat," katanya.



Bagi penumpang feri yang baru tiba, pembukaan semula terminal feri di Pusat HarbourFront bukan sahaja peluang bagi mereka bertemu keluarga di Singapura, malah menikmati tarikan di sini.



Bagi Cik Nicole Gozali, 36 tahun, ia peluang bagi beliau dan ketiga-tiga anaknya bertemu semula keluarga kakaknya yang tinggal di Paya Lebar.



"Sudah lama tidak bertemu kakak saya. Selain menghabiskan masa di rumahnya, ini juga peluang membawa anak-anak saya, yang sedang cuti sekolah pertengahan tahun di Batam, berjalan dan menikmati tarikan di Singapura, seperti Sentosa," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >