Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Forum Guru BH kembali lagi

Feb 08, 2023 | 05:30 AM



'I don't know how to speak Malay' atau 'Saya tidak tahu berbual dalam bahasa Melayu' adalah ungkapan yang biasa keluar daripada mulut anak muda zaman ini.



Justeru bagaimana guru-guru boleh memainkan peranan dan menjadikan pembelajaran lebih kreatif bagi menggalak pelajar bertutur dalam bahasa Melayu?



Demikian yang bakal menjadi tumpuan Forum Guru 2023 anjuran akhbar pelajar Gen G di bawah Berita Harian yang bakal diadakan di Wisma Geylang Serai pada 16 Februari ini, dari 2 petang hingga 4.30 petang.



Menerusi forum bertemakan 'Pendidik Kreatif, Anak Didik Proaktif' ini, guru Melayu boleh mempelajari bagaimana menyulam penulisan lirik dalam pembelajaran dan belajar teknik menggubah lagu dengan harapan dapat mencuri hati pelajar melalui irama, rentak dan lirik puitis.



Dua penceramah jemputan tahun ini ialah pemuzik, penyanyi, penulis dan penggubah lagu, Datuk Ramli Sarip, yang juga dikenali sebagai 'Papa Rok' serta Cik Nurul Huda Muhammad Yassin, penerima Anugerah Guru Arif Budiman 2022 bagi kategori Perangsang.



Datuk Ramli akan berkongsi mengenai proses kreatif di sebalik pembikinan lagu, dan bagaimana guru boleh menggunakan lagu beliau sebagai rujukan dalam pelajaran.



Beliau juga akan menyampaikan tentang aspek budaya dalam lagu-lagu dan bagaimana budaya dapat diselitkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu, antara lain.



Cik Huda, seorang guru yang berpengalaman hampir sedekad dalam pengajaran Bahasa Melayu, akan menyentuh tentang penggunaan podcast dalam kelas dan bagaimana beliau memanfaatkan akhbar Gen G dan Berita Harian sebagai salah satu bahan pengajaran.



Selain itu, guru yang hadir juga akan dapat mengetahui lanjut mengenai peluang mengajak pelajar mereka menyertai podcast #NoTapis X Gen G.



Peluang ini membolehkan para pelajar menyuarakan pandangan mengenai pelbagai isu yang dekat dengan hati golongan pelajar.



Pendaftaran dibuka kepada semua guru Bahasa Melayu dan kemasukan adalah percuma.



Tempat adalah terhad dan guru-guru yang berminat boleh mendaftar menerusi pautan https://www.gevme.com/GenGTeachersForum selewat-lewatnya lusa, 6 petang.



Makanan ringan disediakan dan setiap peserta akan menerima hadiah $20 baucar pengangkutan Grab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >