PASAR raya NTUC FairPrice (FairPrice) telah mengumumkan ia akan mengagihkan baucar FairPrice bernilai $6 apabila pelanggan membelanjakan minimum $55 dari baucar pasar raya CDC dalam satu transaksi.
Ia akan diberi di cawangan FairPrice mulai semalam hingga 15 Januari ini.
Baucar FairPrice sah digunakan sehingga 28 Februari akan datang.
Dalam satu kenyataannya semalam, FairPrice menyatakan inisiatif ini sebagai menyokong pelancaran skim Baucar CDC 2023 di satu acara di Kampung Admiralty.
Bagi membenarkan pelanggan memanfaatkan penjimatan mereka, baucar boleh digunakan bersama skim-skim diskaun yang tersedia di FairPrice.
Ini termasuk:
"FairPrice kekal komited mengimbangi kos kehidupan. Tahun lalu, FairPrice memberikan lebih $11.5 juta dalam bentuk penjimatan menerusi skim PG, MG, Chas kad biru dan diskaun untuk warga senja," kata kenyataan itu lagi.
FairPrice juga memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu mereka yang membeli-belah untuk memastikan dolar mereka lebih berbaloi menerusi inisiatif 'Nilai Lebih Hebat Setiap Hari' dan menawarkan skim diskaun khas ke atas telur, minyak dan beras.
Lebih banyak maklumat mengenai baucar CDC FairPrice boleh diperolehi di laman www.fairprice.com.sg/events/in-store/cdc-voucher.
Daripada hanya satu pasar raya, FairPrice telah berkembang menjadi sebuah peruncit utama di Singapura dengan memberi khidmat kepada lebih setengah juta orang menerusi rangkaian meliputi 380 cawangan, daripada pasaraya FairPrice, FairPrice Finest, FairPrice Xtra, Unity Pharmacy, FairPrice Xpress dan kedai runcit Cheers.
Portal e-dagangnya, FairPrice online, menarik lebih 700,000 pengunjung sebulan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg