Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Fahmi: Baucar CDC digital mudah diguna, bantu belanja

Skim turut rangsang pendapatan peniaga, penjaja di kejiranan
May 12, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN terdapat segelintir warga senja yang pada mulanya menghadapi kesukaran menggunakan Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) digital, rata-rata rakyat Singapura menerima baik skim yang bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat itu.



Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, berkongsi bahawa beliau menerima banyak maklum balas positif daripada penduduknya tentang Skim Baucar CDC.



"Ramai berkata mereka menghargai bantuan dalam bentuk baucar ini, yang membantu mereka dalam perbelanjaan harian.



"Ramai menggunakan baucar mereka untuk membeli barang runcit dan bagi perkhidmatan seperti potong rambut, manakala yang lain berkata mereka gembira dapat menggunakan Baucar CDC untuk menyokong penjaja dan peniaga di kawasan kejiranan mereka.



"Apabila Skim Baucar CDC beralih kepada pendekatan digital pada 2021, ramai penduduk juga berkongsi dengan saya bahawa mereka mendapati ia lebih memudahkan mereka menuntut dan membelanjakan baucar mereka," kata beliau.



Pembahagian kedua Baucar CDC bernilai $100 ini dilancarkan semalam oleh Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, di Kelab Masyarakat Tampines West.



Semua isi rumah Singapura kini boleh mendapatkan Baucar CDC ini, yang boleh digunakan di lebih 16,000 pegerai dan penjaja di estet perumahan yang mengambil bahagian.



Baucar terbaru ini akan bermanfaat kepada hingga 1.22 juta isi rumah Singapura.



Ia boleh didapatkan secara digital mulai semalam, dan boleh digunakan hingga 31 Disember ini bersama baucar yang diagihkan tahun lalu.



Selain penduduk, Encik Fahmi berkata satu lagi kumpulan penting yang mendapat manfaat daripada Skim Baucar CDC ini ialah penjaja dan peniaga tempatan.



"Ramai daripada mereka telah melaporkan peningkatan dalam perniagaan mereka kerana penduduk membelanjakan Baucar CDC di kawasan-kawasan kejiranan ini," tambahnya.



Pengerusi Jawatankuasa Mayor dan Mayor CDC South West , Cik Low Yen Ling, turut berkongsi bagaimana pengalaman pengguna yang positif terhadap baucar digital telah menyumbang kepada "jumlah keseluruhan perbelanjaan yang tinggi".



Dalam ucapannya, beliau berkata hampir setengah daripada isi rumah yang telah menuntut baucar digital tahun lalu telah membelanjakan semua jumlah yang diberikan dalam masa lima bulan.



Justeru, ini telah memberi rangsangan kepada penjaja dan peniaga.



Memberi contoh, beliau berkata dalam tempoh dua minggu pertama pelancaran baucar itu pada Disember lalu, Persatuan Peniaga Kawasan Pilihan Raya Ang Mo Kio menyaksikan peningkatan 15 peratus hingga 20 peratus dalam jumlah pengunjung.



Cik Low, yang juga Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), berkata:



"Selepas mengatasi kebimbangan awal mereka, ramai pegerai dan penjaja di kawasan kejiranan berpuas hati dengan impak daripada baucar ini.



"Sedang kita menuju ke arah norma baru pasca-Covid, orang ramai juga kembali mengunjungi ke kawasan kejiranan ini.



"Kami mengalu-alukan pembahagian Baucar CDC terbaru ini dan berharap ia akan menyuntik satu lagi rangsangan penting kepada rakyat Singapura dan perniagaan tempatan."




CARA DAPATKAN DAN GUNAKAN BAUCAR CDC 2022



- LANGKAH 1



Lungsuri go.gov.sg/cdcv, pilih Baucar CDC 2022 dan masuk menggunakan Singpass untuk dapatkan baucar.



Hanya seorang anggota keluarga diperlukan melakukannya bagi seisi rumah.



- LANGKAH 2:



Masukkan nombor telefon bimbit anda. Anda akan menerima kata laluan sekali sahaja (One-Time Password, OTP) untuk dimasukkan.



- LANGKAH 3



Dapatkan pautan Baucar CDC yang dihantar menerusi SMS. Tekan pautan untuk dapatkan baucar anda.



- LANGKAH 4



Kenal pasti peniaga dan penjaja estet perumahan yang memaparkan pelekat Baucar CDC.



Penduduk juga boleh dapatkan senarai peniaga yang menyertai skim tersebut menggunakan laman GoWhere Merchant di go.gov.sg/cdcvouchersmerchants



- LANGKAH 5



Pilih jumlah yang ingin anda gunakan. Tunjukkan kod QR anda kepada peniaga atau penjaja yang turut serta dalam skim itu, yang akan mengimbas baucar tersebut.



Baucar akan dikemas kini secara langsung untuk menunjukkan yang ia telah ditebus sejurus diimbas oleh peniaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >