Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Estonia buka hab niaga di S’pura

Tawar pintu masuk ke ekonomi Nordic-Baltic
Jun 05, 2023 | 07:26 PM



ESTONIA, salah satu ekonomi paling maju dari segi digital di Kesatuan Eropah (EU), pada Isnin membuka premis baru bagi kedutaannya serta sebuah hab perdagangan dan perniagaan di Singapura.

Hab Perniagaan Estonia, yang terletak di 18 Robinson Road di tengah kawasan pusat bandar Singapura, akan berfungsi sebagai wadah bagi kedua-dua negara memperkukuh pertalian pelaburan dan perdagangan.

Ini merupakan hab kedua seumpamanya yang dibuka, menyusuli pembukaan Hab Perniagaan Estonia pertama di Seoul, Korea Selatan, pada Januari.

Sewaktu majlis pembukaan itu, Perdana Menteri Estonia, Cik Kaja Kallas berkata:

“Syarikat Estonia melihat Singapura sebagai hab dan pintu masuk ke Asia Tenggara. Begitu juga sebaliknya, Estonia berharap dapat menjadi pintu masuk bagi Singapura ke Eropah dan rantau Nordic-Baltic.”

Beliau berkata Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) yang digabungkan di rantau Nordic-Baltic menjadikan ia ekonomi kesembilan terbesar di dunia.

Lapan negara dalam rantau itu – Finland, Denmark, Estonia, Iceland, Latvia, Lithuania, Norway dan Sweden – mempunyai jumlah penduduk keseluruhan kira-kira 35 juta, dengan GDP keseluruhan kira-kira 2 trilion paun ($2.9 trilion), lapor akhbar The Straits Times.


Timbalan Perdana Menteri Singapura, Encik Lawrence Wong bersetuju dengan Cik Kallas, mengatakan bahawa kedua-dua Singapura dan Estonia berada dalam kedudukan baik sebagai platform pelancar kepada rantau masing-masing.

“Saya berbesar hati bahawa kedua-dua negara kami akan memperkukuh pertalian perniagaan dengan meluaskan kerjasama untuk mengendalikan hubungan antara perniagaan, lebih-lebih lagi dalam bidang teknologi dan inovasi,” ujar Encik Wong.

Beliau berkata bahawa teknologi maklumat dan perhubungan merupakan bidang menjanjikan untuk memupuk kerjasama perniagaan antara kedua-dua negara.

Di Estonia, khidmat pemerintah tersedia dalam talian sepanjang tahun, sepanjang masa, dengan kira-kira 98 peratus perniagaan ditubuhkan dalam talian dan 67 peratus warga Estonia secara tetap menggunakan pengenalan digital dalam kehidupan harian.

Prasarana digital yang canggih telah menjadikan Estonia tarikan bagi syarikat pemula termasuk yang melibatkan teknologi kewangan, teknologi bersih dan kecerdasan buatan.

Encik Wong berkata: “Estonia mempunyai sekitaran syarikat pemula teknologi yang rancak dan kami mengalu-alukan syarikat anda untuk menggunakan Singapura sebagai pangkalan, menjalin hubungan bersama pelabur dan rakan setempat, serta bekerjasama untuk berkembang ke luar negara ke bahagian dunia di Asia Tenggara ini dan lebih daripada itu.”

Beliau menambah bahawa Perjanjian Perdagangan Bebas EU-Singapura yang baru-baru ini dimeterai akan menjadikan ia lebih mudah bagi syarikat Estonia untuk memanfaatkan status hab serantau Singapura.

Pegawai kedutaan berkata delegasi perniagaan yang menemani Cik Kallas merupakan yang terbesar mendampingi seorang perdana menteri Estonia dan menegaskan tahap minat mereka yang tinggi terhadap Singapura.

Cik Kallas berkata Estonia dan Singapura merupakan antara masyarakat yang paling maju secara digital di dunia.

“Banyak yang boleh kami pelajari antara satu sama lain, di samping untuk ditawarkan kepada dunia,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >