Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekonomi Singapura tumbuh 3.5% pada 2017, kata PM Lee Hsien Loong dalam amanat Tahun Baru

Dec 31, 2017 | 06:46 PM



EKONOMI Singapura tumbuh  3.5 peratus pada 2017 –  lebih seganda daripada    ramalan awal – dan pendapatan meningkat bagi  seluruh golongan,   terutamanya   golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada  Ahad (31 Dis).



Dalam amanat  Tahun Baru  beliau, Encik Lee berkata    Singapura mendapat manfaat daripada peningkatan ekonomi global. Tetapi pada asasnya, pertumbuhan  lebih baik daripada yang dijangka  itu adalah kerana produktiviti Singapura – cabaran lama  negara ini –  telah berkembang.



“Rakyat Singapura sedang meningkatkan dan    mempelajari kemahiran baru, sedang  perniagaan berinovasi dan mengamalkan  teknologi baru. Itulah cara kita  akan kekal berdaya saing dan bersedia untuk masa depan.”



Singapura  menamatkan tahun ini  lebih kuat daripada ia bermula, dan “kita  menyambut tahun 2018 dengan keyakinan dan kekuatan”, tambah beliau.



Dalam tempoh lima tahun  lalu, pertumbuhan produktiviti  merosot  antara -0.2 peratus dan 1 peratus meskipun usaha terdapat usaha  membantu firma dan pekerja menaik taraf. Pada 2017, ia meningkat kepada antara  3 peratus dan 3.5 peratus, berikutan peningkatan ekonomi global dan pengetatan kemasukan pekerja asing, kata penganalisis, lapor akhbar The Straits Times dalam talian semalam.



Menjelang  2018 dan seterusnya, Encik Lee  mengumumkan rancangan  menyambut  ulang tahun ke-200  Stamford Raffles menjejakkan kaki di pulau ini pada  1819.  Singapura menyambut  50 tahun kemerdekaan pada  2015 tetapi “Kisah Singapura bermula sebelum 1965”, kata beliau.



“Kita mesti faham dengan sebenarnya selama mana   sejarah kita, dan betapa rumitnya.”



Sejarah itu bermula  sekurang-kurangnya 700 tahun lalu. Singapura sebuah pusat perdagangan   maritim pada abad ke-14, walaupun ia merosot pada abad-abad kemudiannya.



“Kita sepatutnya memperingati ulang tahun ke-200 ini dengan   sewajarnya, sama seperti kita menyambut  ulang tahun ke-150 pada  1969. Ini  peristiwa penting bagi Singapura, suatu kesempatan bagi kita merenungkan bagaimana negara kita terbentuk,  bagaimana kita maju  sejauh ini, dan bagaimana kita boleh maju lagi bersama,” kata Encik Lee.

 

Dengan pemerhati  menjangkakan petunjuk  lebih kuat   tahun ini mengenai perdana menteri keempat Singapura –  terutamanya dengan rombakan Kabinet yang akan berlaku –  PM Lee berkata menteri muda akan memainkan peranan  lebih besar dalam penggubalan  dasar. Parlimen akan diprorog –  selepas Belanjawan sebelum sesi baru dibuka pada  Mei. Pembukaan penggal baru Parlimen akan melihat Amanat  Presiden  meletakkan agenda Pemerintah bagi   sepanjang baki penggal itu.

 

Beliau berkata “ini akan menampakkan  impak kepimpinan generasi keempat, yang mengambil tanggungjawab  lebih besar, dan meletakkan idea mereka bagi  Singapura”.



Selain itu, akan berlaku  peningkatan industri dan kemahiran pekerja, peningkatan   penjagaan kesihatan, usaha   meningkatkan kebolehpercayaan rel dan projek  infrastruktur besar seperti Tuas Megaport, sambungan Kereta Api Berkelajuan Tinggi ke Malaysia dan Terminal 5 Lapangan Terbang Changi.



Keutamaan domestik ini adalah pelaburan penting untuk masa depan, yang “akan melewati tempoh pemerintah sekarang,” kata Encik Lee. “Kita harus   merancang lebih jauh bagi    mereka.”



Melihat kembali pada 2017, beliau berkata tahun itu bermula dengan ketidakpastian di dalam dan luar negara.    Suasana ekonomi suram dan  dan terdapat kebimbangan mengenai keselamatan dan pengganasan.



“Tetapi rakyat Singapura berusaha terus,  tidak terhambat,” ujarnya. “Kita menangani masalah yang mendesak, tetapi kita melihat jauh melewati  masalah segera dan tidak memilih huraian jalan mudah.”



Encik Lee  mengambil perhatian mengenai  pencapaian penting seperti kempen SGSecure, yang meningkatkan kesedaran tentang ancaman pengganasan, dan perubahan untuk membolehkan pilihan raya presiden terpilih, yang disifatkan beliau  sebagai “satu langkah penting bagi  mengukuhkan keharmonian kaum kita”.



Singapura juga menegaskan hubungannya yang kuat dengan kuasa besar China dan Amerika Syarikat, dan memperkukuh  kerjasama dengan jiran-jiran terdekat Malaysia dan Indonesia.



Persekitaran luaran tetap tidak menentu, dengan ketegangan mengenai  Korea Utara dan pilihan raya yang dijadualkan   di Malaysia dan Indonesia.



Dan sebagai pengerusi Asean tahun ini, Singapura “berharap dapat membawa kumpulan itu maju   dengan... tema pengerusi ‘ketahanan’ dan ‘inovasi’”.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >