Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekon S’pura dijangka tumbuh 1-3% pada 2024

Nov 22, 2023 | 05:17 PM



Ekonomi Singapura dijangka berkembang antara 1 hingga 3 peratus pada 2024, sedang sektor berkaitan perdagangan bertambah baik secara sederhana, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Rabu.

Pertumbuhan pada 2023 diramal mencapai kira-kira 1 peratus di tengah-tengah permintaan eksport yang lemah, kata MTI dalam laporan tinjauan ekonomi suku tahunannya yang terkini, lapor The Straits Times (ST).


Ramalan itu mengecil daripada julat pertumbuhan 0.5 peratus hingga 1.5 peratus yang diumumkan pada Ogos.

Ia juga jauh lebih rendah daripada ramalan pertumbuhan 0.5 peratus hingga 2.5 peratus yang dibuat pada awal 2023.

MTI juga berkata Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) meningkat 1.1 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga.

Ini merupakan peningkatan pada kadar lebih pantas berbanding 0.5 peratus pada suku kedua dan 0.4 peratus pada suku pertama 2023.

Kadar pertumbuhan ekonomi juga lebih baik daripada anggaran awal MTI sebanyak 0.7 peratus.

Para penganalisis berkata prestasi lebih baik daripada jangkaan pada suku ketiga mungkin menandakan kestabilan selepas pertumbuhan lebih perlahan pada separuh pertama 2023.

Ia juga mungkin menandakan potensi pemulihan pada 2024.

Bagi suku ke suku setelah diselaraskan secara musiman, ekonomi Singapura berkembang 1.4 peratus, naik daripada peningkatan 0.1 peratus pada suku kedua.

Pertumbuhan dalam tempoh Julai hingga Ogos turut dibantu oleh pemulihan berterusan dalam perjalanan udara dan ketibaan pelancong ke Singapura, yang merangsang sektor seperti pengangkutan udara dan penginapan.

Sementara itu, keadaan pasaran tenaga kerja yang berdaya tahan terus menyokong sektor yang berhadapan dengan pengguna seperti perniagaan runcit serta khidmat makanan dan minuman, menurut ST.

Pakar ekonomi DBS Bank, Encik Chua Han Teng, berkata peningkatan GDP yang mengejutkan pada suku ketiga sejajar dengan sentimen perniagaan yang bertambah baik.

Menurut beliau, bagi kluster elektronik yang penting, firma Singapura menjangka keadaan perniagaan lebih baik akibat pemulihan sederhana dalam jualan semikonduktor sejagat, walaupun ia sedar mengenai risiko geopolitik berpanjangan yang boleh mengganggu rantaian bekalan.

Setiausaha Tetap MTI, Encik Gabriel Lim, turut menjelaskan “prospek pertumbuhan bagi sektor berkaitan perkilangan dan perdagangan di Singapura, seperti elektronik, kejuruteraan jitu dan dagangan borong, dijangka bertambah baik seiring pemulihan dalam permintaan elektronik sejagat”.

Beliau turut menyatakan mengenai risiko kemerosotan yang ketara dalam ekonomi sejagat.

Ini antara lain disebabkan konflik Israel-Hamas yang bertambah buruk, selain peperangan di Ukraine yang boleh menyebabkan gangguan baru kepada bekalan dan kejutan bagi harga komoditi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >