Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu hobi, kini niaga di rumah sumber pendapatan utama selepas diberhenti kerja

Jan 25, 2021 | 05:30 AM



TUJUAN awal berniaga secara kecil-kecilan dari rumah hanya sekadar mendalami minatnya memasak dan membuat kek serta untuk membantu pendapatan keluarga.



Cik Andini Muslim telah memulakan Annticing Treats, yang antaranya menjual kek dan brownie, April lalu kerana mendapati beliau lebih banyak masa lapang semasa bekerja di rumah (WFH) dalam tempoh pemutus litar (CB).



Beliau tidak menyangka 'hobi' tersebut akan menjadi sumber utama pendapatannya sekarang.



Cik Andini, 42 tahun, yang sebelum ini bekerja dalam sektor kejuruteraan khidmat, telah diberhentikan kerja bulan lalu.



Walaupun akui berasa khuatir pada mulanya, terutama sekali melihat pada kepelbagaian perniagaan di rumah (HBB) sekarang serta perniagaan dalam talian yang berleluasa, Cik Andini akui perlu berani mencuba dan menggarap peluang baru terutama sekali dalam situasi ekonomi sekarang.



Beliau merupakan antara empat pemilik HBB yang memutuskan untuk berkongsi pengalaman memulakan perniagaan mereka di pameran pekerjaan dan kemahiran yang diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) kelmarin.



"Memang awalnya rasa sedih bila kena berhenti kerja, tapi pada masa yang sama saya faham keadaan pasaran sekarang dan syarikat saya pada masa itu perlu downsize.



"Tapi saya percaya rezeki ada di mana-mana, hanya perlu berusaha," katanya.



Selain berusaha membangunkan perniagannya itu, Cik Andini kini sedang menjalani kursus diploma dalam bidang Pengurusan Acara dan Operasi di bawah SkillsFuture untuk mempertingkat diri.



Beliau berharap dapat memahami cara acara dianjurkan dari segi operasi dan bercita-cita mengadakan satu wadah di mana semua HBB dapat berkumpul dan menawarkan produk mereka.



Cik Andini menggesa mereka yang diberhentikan kerja agar tidak berputus asa atau teragak-agak mencuba perkara baru.



Pameran pekerjaan dan kemahiran kelmarin memaparkan pelbagai syarikat serta perniagaan yang bertujuan membantu orang ramai yang ingin mencari kerja atau menjalani kursus tertentu untuk mempertingkat diri.



Sebanyak 800 kerja kosong dan peluang latihan turut ditawarkan melalui pameran itu, yang dianjurkan bersama rakan kongsi lain seperti Mendaki Sense dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i).



Antara mereka yang hadir untuk meneroka peluang yang ditawarkan di pameran itu ialah Encik Putra Zul Aqmal, 26 tahun, yang berminat menceburi industri teknologi.



Selepas hampir lima tahun berkhidmat dalam bidang makanan dan minuman (F&B), Encik Putra berkata beliau ingin mencari kursus atau latihan pekerjaan dalam bidang koding atau mereka permainan video.



"Sektor teknologi akan pesat berkembang pada masa depan dan memang kita perlu garap peluang untuk dapatkan kemahiran yang relevan.



"Tapi memang usaha nak cari kerja pada masa pandemik ini tak mudah, tapi yang penting kita perlu mempunyai minda yang terbuka dan sikap yang positif untuk belajar perkara baru," katanya.



Seorang lagi peserta yang menghadiri pameran itu, Cik Nurfadila Murni, 48 tahun, berkata beliau bercita-cita memulakan perniagaan dalam taliannya sendiri.



Beliau yang kini bekerja dalam bidang pembersihan berkata beliau ingin meneroka peluang serta kursus untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang cara pemasaran dan perniagaan dalam talian.



"Memang jadi trend sekarang, ramai yang mulakan perniagaan dalam talian. Masa pandemik ini, nak buka kedai pun mungkin pelanggan kurang, jadi perniagaan dalam talian lagi mudah," tambahnya.




"Memang awalnya rasa sedih bila kena berhenti kerja, tapi pada masa yang sama saya faham keadaan pasaran sekarang dan syarikat saya pada masa itu perlu downsize. Tapi saya percaya rezeki ada di mana-mana, hanya perlu berusaha."
- Cik Andini Muslim diberhentikan kerja bulan lalu dan kini uruskan perniagaan di rumah (HBB) sepenuh masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >