Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua anugerah perkukuh seni Melayu

Apr 04, 2021 | 05:30 AM



DUA anugerah telah dilancarkan bagi sektor kesenian Melayu dan warisan untuk membina keupayaan dan bakat generasi seterusnya selain mengalak kajian dan dokumentasi demi memperkukuh dan menghargai seni dan budaya Melayu.



Dikenali sebagai Anugerah Hadiah Warisan dan Tunas Warisan, kedua-dua anugerah tersebut telah dilancarkan Yayasan Warisan Melayu (MHF) semasa siri Sembang Ilmu yang keempat, semalam.



Hadiah Warisan bernilai $3,500 merupakan anugerah yang mengiktiraf kecemerlangan artistik seorang pengamal seni atau aktivis serta sumbangan dan komitmennya terhadap pengamalan dan kepimpinan terhadap sektor seni dan warisan.



Anugerah Tunas Warisan bernilai $2,000 akan dianugerahkan kepada pengamal seni muda atau aktivis berusia 35 tahun ke bawah, yang pencapaian dan komitmen artistiknya membezakan mereka daripada yang lain selain menonjolkan potensi untuk menjadi pemimpin budaya generasi seterusnya.



Penerima digalak melaksanakan projek yang akan membantu merapatkan jurang pengetahuan serta mempertingkat kepimpinan dalam sektor tersebut.



Butiran lanjut boleh diperolehi di www.mhf.org.sg/hadiah-warisan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >