Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN SEKATAN TERKINI COVID-19

DPPMS akan kemuka maklum balas penyedia khidmat kahwin kepada pemerintah

May 16, 2021 | 05:30 AM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah mendapatkan maklum balas dari firma penyedia khidmat perkahwinan mengenai sekatan Covid-19 yang dilaksanakan yang menjejas sektor itu dan akan memaklumkannya kepada agensi pemerintah yang relevan.



Ini membolehkan setiap pihak meneroka cara bagi membantu pemilik perniagaan di tengah-tengah wabak yang membimbangkan ini.



Di bawah langkah dipertingkat yang diumumkan kelmarin, semua majlis jamuan perkahwinan, tidak lagi dibenarkan mulai hari ini hingga 13 Jun memandangkan kes dalam masyarakat kian meningkat.



Majlis pernikahan bagaimanapun dibenarkan menerima sehingga 50 tetamu tanpa menjalani ujian praacara (PET) Covid-19 terlebih dahulu, dan sehingga 100 tetamu dengan menjalani ujian itu.



Menyusuli pengumuman langkah pengurusan selamat (SMM) kelmarin, presiden DPPMS, Encik Farid Khan berkata mereka telah menghubungi anggota DPPMS dari industri perkahwinan dan acara secara individu dan kumpulan untuk mendapatkan maklum balas mengenai SMM yang diperketat itu.



"DPMMS akan menyampaikan maklum balas dan maklumat yang relevan kepada agensi awam yang berkenaan untuk meneroka cara terbaik untuk membantu pemilik perniagaan.



"Walau bagaimanapun, DPPMS menggalak semua pemilik untuk kekal positif di tengah berita ini, dan kami akan membantu anggota kami pada setiap langkah yang diambil dalam proses ini," kata Encik Farid.



Pemilik Puteri Wedding Services, Cik Aishah Jaafar, berharap pemerintah dan DPPMS dapat membantu mereka.



"Telefon saya bagai nak 'meletup' kerana ramai bakal pengantin yang telefon saya. Tentunya mereka kecewa tetapi apa yang boleh saya lakukan? Mereka dah keluarkan banyak duit. Saya harap pemerintah dapat berikan subsidi bagi tanggung sebahagian kos ujian Covid-19,'' katanya.



Sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB) tahun lalu, firmanya telah mengembalikan sekitar $90,000 kepada pelanggan yang membatalkan majlis dan beliau berkata tidak mampu lagi mengeluarkan wang begitu.



Pengarah penjualan restoran Tiara Waterfront Cik Noor Jannah Aboo Baker, juga berkata ramai pelanggannya yang membuat pertanyaan mengenai SMM.



Beliau masih menunggu kepastian daripada Kementerian Kesihatan (MOH) jika setiap meja boleh membenarkan dua atau lima orang yang boleh duduk bersama.



"Apabila kami mendengar berita itu, yang pertama ialah kami menelefon kesemua pelanggan kami yang terjejas pada tempoh ini. Kami akan cuba sedaya upaya untuk teruskan majlis pernikahan sahaja memandangkan persandingan tidak dibenarkan," kata Cik Jannah, yang menyatakan 15 mempelai yang merupakan pelanggannya, terjejas.



Sejauh ini, tiada yang membatalkan acara mereka. Ada yang memilih menangguhkan tarikh pernikahan kepada masa yang lebih sesuai.



"Selaras dengan SMM, Tiara Waterfront akan memastikan setiap pengunjung membawa token TraceTgether berbanding mengimbas kod QR SafeEntry sahaja untuk meningkatkan pengurusan selamat.



"Selain itu, mempelai serta tetamu harus menjalani ujian PET. Jika mereka tidak sempat melakukan ujian tersebut, kami tidak dapat membenarkan mereka masuk," kata Cik Jannah.



Meskipun SMM semakin ketat, Cik Jannah cekal positif dan tidak patah semangat.



"Dalam industri ini, kami memang sentiasa mengikut protokol dengan teliti. Kami sangat disiplin dengan peraturan pemerintah kerana kami juga mengutamakan keselamatan klien dan orang ramai.



"Saya harap orang ramai juga mainkan peranan mereka supaya kami dapat kembali kepada norma sebelum pandemik ini dan semoga majlis perkahwinan juga kembali semeriah dulu," tambahnya.




"DPMMS akan menyampaikan maklum balas dan maklumat yang relevan kepada agensi awam yang berkenaan untuk meneroka cara terbaik untuk membantu pemilik perniagaan.

Walau bagaimanapun, DPPMS menggalak semua pemilik untuk kekal positif di tengah berita ini, dan kami akan membantu anggota kami pada setiap langkah yang diambil dalam proses ini."

- Presiden DPPMS, Encik Farid Khan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >