Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

Dewan solat Masjid Sultan diubah suai - lebih selesa, selamat

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



DEWAN solat utama Masjid Sultan kini dibuka semula kepada jemaah - sekitar seminggu sebelum umat Islam di sini menyambut kedatangan Ramadan - selepas menjalani kerja pengubahsuaian selama tiga bulan.



Dewan solat utama itu perlu menjalani kerja pengubahsuaian selepas asbestos didapati jatuh atas permaidani ketika bumbung bocor, kata pengerusi lembaga pemegang amanah Masjid Sultan, Encik Mohamed Salleh Patail, ketika dihubungi Berita Harian semalam.



Asbestos itu digantikan dengan papan gipsum, iaitu bahan pembinaan yang digunakan sebagai sekatan dan lapik dinding, siling, bumbung dan lantai.



Kerja pengubahsuaian itu menelan belanja sekitar $200,000, dengan kos itu dikongsi bersama oleh Pemeliharaan Tapak dan Monumen (PSM) Lembaga Warisan Negara (NHB) dan Masjid Sultan.



Sebahagian besar kos itu adalah untuk menggantikan asbestos dengan papan gipsum, dan bakinya adalah bagi kerja tambahan lain seperti pengalisan air dan memperbaiki bumbung yang bocor.



Di samping itu, Encik Mohamed berkata dewan solat juga menggunakan permaidani baru hasil sumbangan seorang penderma tahun lalu.



"Saya sangat gembira kami kini dapat kembali ke dewan solat utama yang megah. Kami kini boleh menampung lebih ramai jemaah dengan empat zon merangkumi Muslimin dan Muslimah.



"Ini akan menyerikan semangat Ramadan berbanding tahun lalu. Masjid Sultan akan menawarkan ruang bagi setiap solat lima waktu dan untuk Ramadan, akan ada solat tarawih. Qiamullail akan diadakan pada 10 malam terakhir Ramadan," kata beliau.



Asbestos merupakan mineral semula jadi yang merangkumi silikat (silicates) berserat dan biasanya digunakan dalam bahan pembinaan bangunan.



Ia bagaimanapun didapati boleh menyebabkan penyakit serius, seperti barah paru-paru, jika serat asbestos dihidu.



Sejak lewat 1980-an, penggunaan bahan asbestos dalam bangunan dan pengimportan asbestos mentah telah dilarang di Singapura.



Namun, banyak bangunan lama di sini masih mempunyai bahan mengandungi asbestos seperti bumbung beralun, papan siling dan dinding sekatan.



Encik Mohamed berkata mereka rasa gembira Masjid Sultan kini dalam keadaan selamat bagi jemaah menjalankan ibadah mereka.



"Kami rasa gembira. Bukan hanya ruang solat sahaja yang selamat, malah tempat mengambil wuduk juga selamat kini. Tidak lagi ada asbestos. Saya berharap jemaah akan kembali ke masjid dan saya percaya ini akan menghidupkan semangat Masjid Sultan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >