Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUBAHAN KEPIMPINAN 4G

Chun Sing: Pasukan 4G harus diberi peluang kaji peralihan secara menyeluruh

Apr 09, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN generasi keempat Parti Tindakan Rakyat (PAP) harus diberi peluang mengkaji semula persoalan tentang peralihan kepimpinan secara menyeluruh, setelah Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat kini mengundur diri sebagai pemimpin pasukan itu.



Demikian menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing dalam satu sidang media semalam apabila ditanya adakah beliau kini merupakan calon utama yang akan dipertimbangkan pasukan itu.



Ini memandangkan jawatan Encik Chan sebagai penolong setiausaha agung kedua PAP dan peranan penting yang beliau mainkan sebagai timbalan kepada Encik Heng selaku penolong setiausaha agung pertama.



"Rancangan peralihan kepimpinan kami bukan sahaja mengenai langkah memilih pemimpin... Ia sentiasa mengenai usaha mencari dan membentuk pasukan terbaik bagi Singapura agar Singapura mempunyai peluang terbaik untuk mengatasi perkara yang mungkin dianggap mustahil, bukan hanya untuk menakat, bahkan untuk berkembang maju," kata Encik Chan, yang kini berusia 51 tahun.



Ditanya jika ada calon lebih menyerlah bagi kepemimpinan 4G, Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung pula berkata ia bukan satu perlumbaan yang memilih pemenang tunggal.



Cara PAP, kata Encik Ong, pada asasnya adalah melihat bagaimana pasukan kepimpinan dapat bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain.



"Ia berbeza jika ia satu perlumbaan. Anda hanya mempunyai satu pemenang di garis penamat, berdiri di podium dengan pingat di leher. Sekiranya (ia satu) pasukan, kita berjuang dengan jiwa raga di lapangan, dan jika kita menang, kita memenangi piala untuk negara. Dan dalam pasukan yang menang, anda akan mempunyai kapten yang dapat menonjolkan yang terbaik daripada setiap orang.



"Jadi proses mengembangkan pasukan yang kuat dan menyokong pemimpin pertama 'first among equals' yang memerlukan masa," ujar Encik Ong.



Ditanya bagaimana perkembangan terbaru ini mungkin menjejas hubungan Singapura dengan negara lain, Perdana Menteri Lee Hsien Loong pula berkata pemimpin negara lain mungkin menilai kepimpinan Singapura berdasarkan apa yang dihasilkan sistem dan proses politik negara ini.



"Pasukannya tidak berubah... Saya masih PM dan Swee Keat masih DPM. Dan mereka masih akan berhubungan dengan orang sama. Itu yang penting bagi mereka.



"Dalam jangka lebih panjang, apa yang mereka akan perhatikan ialah mutu menteri, PM dan DPM Singapura.



"Jika dalam proses ini kami boleh kekalkan menteri dan pemimpin mutu tinggi bagi negara, itu merupakan laluan yang wajar bagi Singapura," kata Encik Lee.



Mengenai kesannya kepada pelabur, Encik Chan berkata pelabur boleh menjangkakan kesinambungan dalam pendekatan Singapura.



"Semua sistem, rancangan dan proses, serta dasar kami dibangun oleh pasukan itu secara kolektif, tidak kira perkembangan terbaru ini.



"Ini kerana kami telah membangun rancangan ini secara kolektif," ujar Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >