Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG AKHBAR PERDANA MENTERI

Cabaran terbesar dalam hidup saya: Lawrence

Apr 17, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata beliau sedar mengenai tuntutan berat tugas sebagai seorang Perdana Menteri, malah tugas tersebut akan menjadi lebih mencabar dengan persaingan politik yang semakin hebat serta keinginan mendalam bagi kepelbagaian di Parlimen.



Menyifatkannya sebagai cabaran terbesar dalam hidupnya, Encik Wong menekankan bahawa pasukan generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP), tidak boleh menganggap bahawa parti itu akan memenangi pilihan raya seterusnya.



"Setiap pilihan raya kini ialah mengenai parti mana yang akan membentuk pemerintah bukan hanya jumlah kerusi yang dimenangi pembangkang atau peratusan undi yang diterima parti pemerintah.



"Dengan kesedaran bahawa kami perlu mendapatkan hak untuk memimpin, saya akan meneruskan prinsip yang telah membimbing saya selama ini iaitu memberikan yang terbaik, berbincang dan mendengar dan belajar serta sentiasa memperbaiki diri," ujarnya dalam satu sidang media di Istana semalam.



Dalam sidang media yang turut disertai Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan mantan menteri Kabinet serta mantan Pengerusi PAP, Encik Khaw Boon Wan, Encik Wong berkata, sepanjang hayatnya, beliau tidak pernah mengejar pangkat, kedudukan atau kuasa, sebaliknya beliau sentiasa bersikap realistik mengenai kebolehan dan kekuatannya.



"Falsafah hidup saya, yang dipupuk oleh ibu bapa saya sejak saya kecil lagi ialah apa juga tugas yang diberikan, saya akan lakukannya sebaik mungkin.



"Dan sekiranya ia tidak mencukupi, seperti yang pasti berlaku dari masa ke masa, saya akan belajar dan cuba untuk memperbaiki diri dan melakukan lebih baik lagi," katanya.



Sementara itu, Encik Wong berkata sepanjang kerjaya 25 tahun dalam perkhidmatan awam, tugas dan tanggungjawabnya sentiasa berkembang, justeru meskipun beliau bukan jenis yang "mencari kerja tambahan", namun kerja sentiasa menemuinya.



Memberi contoh peranannya sebagai pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19, beliau berkata:



"...seperti apa yang berlaku dua tahun lalu semasa saya di MND (Kementerian Pembangunan Negara), DPM menghubungi saya secara tiba-tiba dan bertanya, 'Anda sudah dengar mengenai virus di Wuhan?' dan tidak lama kemudian saya menjadi pengerusi bersama MTF dengan Encik Gan Kim Yong," ujarnya.



Usaha menangani Covid-19 sebagai satu kumpulan sepanjang dua tahun lalu juga telah menjadikan pasukan 4G lebih rapat dan berkembang bersama sebagai sebuah pasukan



Malah, krisis tersebut juga telah memperkukuh hubungan mereka dengan rakyat, selain menyatukan warga Singapura.



Namun, Singapura akan berdepan dengan banyak lagi cabaran, selepas krisis pandemik ini, kata Encik Wong.



Justeru, pasukan 4G menurutnya akan terus mendekati rakyat agar melakukan semakan dasar secara komprehensif untuk meneliti apa yang perlu disesuaikan dan diperbaiki.



"Ini adalah agenda penting pasukan saya," tegas beliau.



Melebihi itu, Encik Wong berkata pasukannya juga akan bekerja keras bagi mendapatkan kepercayaan dan sokongan setiap warga Singapura dan untuk membina hubungan yang lebih kukuh bersama rakyat bagi membangunkan idea-idea baru yang dekat dengan hati rakyat, terutama generasi baru Singapura.



"Saya menyedari sepenuhnya kepelbagaian dalam pengalaman dan perspektif dalam kalangan warga Singapura, sedang kita mengorak langkah ke hadapan bersama. Dan sebagai ketua pasukan, itulah pendekatan, sikap dan semangat yang akan saya terapkan," kata beliau lagi.




"Setiap pilihan raya kini ialah mengenai parti mana yang akan membentuk pemerintah bukan hanya jumlah kerusi yang dimenangi pembangkang atau peratusan undi yang diterima parti pemerintah.

Dengan kesedaran bahawa kami perlu mendapatkan hak untuk memimpin, saya akan meneruskan prinsip yang telah membimbing saya selama ini iaitu memberikan yang terbaik, berbincang dan mendengar dan belajar serta sentiasa memperbaiki diri."

- Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >