Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM AIDILFITRI

Boleh lawat Raya hingga 15 rumah sehari naik bas mini

May 07, 2022 | 05:30 AM



SETIAP tahun Encik Mohamed Raihan Mohamed Salleh tanpa gagal akan menyewa bas mini untuk hari pertama Aidilfitri supaya beliau dan lapan anggota keluarganya yang lain dapat kunjung-mengunjungi rumah sanak saudara dengan mudah sepanjang hari.



Namun, tidak begitu halnya sepanjang dua tahun lalu - sambutan Hari Raya mereka berbeza sedikit dek sekatan Covid-19.



Keluarga Encik Raihan tetap menyewa bas mini tetapi ia digunakan untuk mengunjungi kubur orang tersayang pada hari pertama.



Kini, dengan pelonggaran langkah Covid-19 dan umat Islam Singapura dapat menyambut Aidilfitri seperti masa lalu, Encik Raihan kembali menyewa bas mini untuk berjalan Raya beramai-ramai.



Tahun ini, beliau telah menyewa bas mini yang boleh menampung 13 orang pada harga $55 sejam sehingga 10 jam dari syarikat pengangkutan Maxicab Transfers untuk hari pertama.



Khidmat sewa itu turut termasuk pemandu yang membawa mereka berjalan Raya hingga ke 15 rumah saudara mara dan kenalan rapat.



Encik Raihan, 32 tahun, berkata beliau telah menyewa bas mini daripada syarikat itu setiap tahun sejak sekitar enam tahun lalu kerana ia cara termudah untuk berjalan Raya dan keluarganya dapat berjimat masa dan wang.



"Dahulu, saya ada kereta sendiri tetapi keluarga saya besar dan kereta tak muat untuk semua. Dengan menyewa bas mini, kita boleh beraya sebagai satu keluarga sekali gus.



"Ia menjimatkan masa, dan saya pun tak perlu pandu," kata teknisyen pesawat itu.



Encik Raihan menambah kos menyewa sebuah bas mini juga lebih murah jika dibandingkan dengan menaiki teksi atau kereta sewa privet.



Misalnya, harga tambang bagi kereta sewa privet semasa waktu sibuk dan musim perayaan boleh mencapai sehingga lebih $40 untuk sehala saja - jauh lebih mahal berbanding $55 sejam yang dibayar untuk khidmat bas mini dengan pemandu.



Encik Raihan berkata biasanya pemandu bas mini itu akan tiba di rumah ibunya pada sekitar 12 tengah hari dan dari situ, mereka akan berangkat untuk berjalan Raya bersama.



"Oleh sebab adanya pemandu, dia lebih mengenali jalan raya, dan jadi lebih mudah bagi kita. Biasanya pada hari pertama keluarga saya akan pergi ke 15 rumah saudara-mara dan rakan-rakan yang rapat.



"Kita pun tak perlu rasa bimbang takut lambat kena tunggu pengangkutan selepas dah buat janji untuk pergi rumah orang. Jadi, kita boleh bertimbang rasa dengan tuan rumah yang mungkin mahu juga keluar berjalan Raya pada waktu tertentu," kata beliau.



Selepas dua tahun Hari Raya disambut secara sederhana, Encik Raihan berkata beliau dan keluarganya tentu sekali rasa amat ghairah dan gembira meraikan hari yang mulia itu, dengan mereka semua siap mengenakan baju baru pada hari pertama untuk berjalan Raya.



Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat sewa kenderaan semasa musim perayaan, Encik Raihan berkata mereka harus jelas tentang berapa lama mereka mahu menyewa kenderaan itu dan merancang destinasi yang dikunjungi dengan teliti.



"Ini supaya lebih mudah bagi pemandu itu mengatur jalan dan masa untuk anda, dan pemandu juga boleh memberikan harga yang sesuai," kata beliau.




"Oleh sebab adanya pemandu, dia lebih mengenali jalan raya, dan jadi lebih mudah bagi kita. Biasanya pada hari pertama keluarga saya akan pergi ke 15 rumah saudara-mara dan rakan-rakan yang rapat. Kita pun tak perlu rasa bimbang takut lambat kena tunggu pengangkutan selepas dah buat janji untuk pergi rumah orang. Jadi, kita boleh bertimbang rasa dengan tuan rumah yang mungkin mahu juga keluar berjalan Raya pada waktu tertentu."
- Encik Mohamed Raihan Mohamed Salleh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >