Sekuntum sajak, sebuah laporan penghargaan yang menghiasi muka depan Berita Harian (BH) dan sebingkai potret adalah bingkisan yang disampaikan kepada mantan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, sebagai penghargaan akhbar ini atas sumbangan berharga beliau kepada masyarakat dan negara.
Penghargaan itu disampaikan semasa kunjungan Puan Halimah ke bilik berita BH bagi majlis jamuan tengah hari pada Khamis.