Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekurang-kurangnya dapat juga 'beraya'

Walau ada yang hampa, ramai faham risiko penularan tidak boleh diambil ringan
May 06, 2021 | 05:30 AM



BERKUMPUL adik-beradik di pagi Hari Raya memang kemuncak sambutan Syawal bagi keluarga Cik Ilya Nurdianty Noorudin.



Ibu tiga anak berusia 41 tahun ini berkata lazimnya beliau tiga beradik dengan keseluruhan anggota keluarga seramai 15 orang akan berkumpul di rumah orang tuanya di Woodlands.



Namun, dalam keadaan pandemik sekarang, Cik Ilya tidak 'termimpi' pun dapat menyambut Lebaran sedemikian.



Bahkan, beliau dan adik-beradiknya telah pun merancang jadual untuk ke rumah orang tua mereka secara bergilir-gilir.



Cik Ilya mencerminkan sentimen sebahagian besar pembaca yang dihubungi Berita Harian (BH) menyusuli langkah memperketat langkah pengurusan selamat yang diumumkan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 kelmarin.



Dengan kes jangkitan yang semakin meningkat - termasuk pembentukan kelompok Hospital Tan Tock Seng yang membimbangkan - pemerintah telah memperkenalkan semula sekatan-sekatan dalam Fasa-2, termasuk mengehadkan perhimpunan sosial kepada hanya lima orang.



Umumnya, mereka yang dihubungi BH berkata langkah yang diperketat itu telah dijangka sejak kelompok TTSH dilaporkan lewat bulan lalu.



Seperti Cik Ilya, ramai tidak merancang untuk beraya sakan tahun ini kerana prihatin untuk mematuhi langkah pengurusan selamat.



"Kami tiga beradik sudah merancang untuk bergilir-gilir ke rumah mak.



"Seorang akan datang malam sebelum Raya, seorang pagi Raya dan seorang lagi pada hari kedua Raya," ujar Cik Ilya.



Beliau menambah: "Memanglah terkilan tak dapat beraya dengan semua, tapi saya rasa inilah yang terbaik bukan sahaja untuk kami, tetapi untuk seluruh masyarakat juga. Kita semua perlu mainkan peranan," ujarnya, sambil menambah beliau juga akan memastikan tetamu ke rumahnya tidak melebihi jumlah yang ditetapkan.



Peraturan bagi perhimpunan sosial akan diperketat sekurang-kurangnya tiga minggu mulai Sabtu ini, sedang Singapura berusaha mengekang penularan Covid-19 menyusuli lonjakan kes dalam masyarakat.



Hanya lima orang akan dibenarkan berkumpul secara sosial berbanding lapan orang pada masa ini, dengan sekatan serupa turut dikenakan terhadap isi rumah, yang hanya dibenarkan menerima lima pengunjung berbeza dalam sehari.



Menyusuli pengumuman itu, ramai keluarga memberitahu BH mereka telah membuat perubahan kepada pelan Hari Raya demi memastikan mereka mematuhi peraturan terkini itu.



Menurut pegawai keselamatan, Encik Reza Tahir, 50 tahun, beliau akur bahawa sekatan terpaksa dilaksanakan untuk membendung penularan wabak covid-19 ini sekali lagi.



"Jangkitan dalam kalangan masyarakat baru-baru ini sangat menakutkan dan membimbangkan kerana jangkitannya sangat berleluasa.



"Jika pemerintah tidak mengambil tindakan tegas sekarang, wabak itu akan menular tanpa kawalan seperti di India dan negara-negara jiran kita.



"Bagi saya, ada hikmah di sebalik tindakan pemerintah membuat pengumuman sekatan sekarang daripada membuatnya dua atau tiga hari sebelum Raya. Ini kerana ia memberi kesempatan untuk masyarakat kita membuat persiapan Raya yang sederhana saja dan tidak berlebih-lebihan seperti menyiapkan juadah Raya," ujarnya.



Namun, ada juga yang kecewa dengan pengumuman tersebut, lebih-lebih lagi setelah Lebaran tahun lalu disambut di tengah-tengah tempoh pemutus rantaian jangkitan.



Menurut Encik Abdul Rahim Abdul Latiff, 62 tahun, yang mempunyai empat anak dan dua orang cucu, meski akur dengan arahan pemerintah, tetapi baginya had lima orang agak sukar.



"Saya rasa ramai yang lebih rela kalau had lima orang, tapi bagi setiap sesi, dan sehari sekurang-kurangnya empat sesi. Kalau ada ibu bapa yang mempunyai anak sehingga 10 orang, macam mana? Terpaksa tunggu beberapa hari. Sekurang-kurangnya beri peluang untuk Hari Raya pertama sahaja,' ujarnya. - Laporan tambahan oleh IRMA KAMARUDIN




"Jangkitan dalam kalangan masyarakat baru-baru ini sangat menakutkan dan membimbangkan kerana jangkitannya sangat berleluasa... Bagi saya, ada hikmah di sebalik tindakan pemerintah membuat pengumuman sekatan sekarang daripada membuatnya dua atau tiga hari sebelum Raya. Ini kerana ia memberi kesempatan untuk masyarakat kita membuat persiapan Raya yang sederhana saja dan tidak berlebih-lebihan seperti menyiapkan juadah Raya."
- Encik Reza Tahir, 50 tahun




"Kami tiga beradik sudah merancang untuk bergilir-gilir ke rumah mak.

Seorang akan datang malam sebelum Raya, seorang pagi Raya dan seorang lagi pada hari kedua Raya...

Memanglah terkilan tak dapat beraya dengan semua, tapi saya rasa inilah yang terbaik bukan sahaja untuk kami, tetapi untuk seluruh masyarakat juga. Kita semua perlu mainkan peranan."

- Cik Ilya Nurdianty Noorudin, 41 tahun.




Infografik: SINGAPURA MEMPERKETAT PERATURAN COVID-19, KEMBALI KE FASA 2




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >