Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Bantu ringankan belanja penduduk, rancakkan perniagaan

May 12, 2022 | 05:30 AM



BAUCAR Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) yang telah beliau terima bukan sahaja membantu meringankan beban daripadad peningkatan kos perbelanjaan harian, malah Cik Suzalinah Saidee juga dapat menggunakannya untuk menyokong peniaga dan penjaja kecil di sekitar kawasan perumahannya.



Menurut suri rumah berusia 56 tahun itu, sejak pertama kali menerima baucar CDC bernilai $100 pada Disember lalu, beliau telah menetapkan matlamat membantu para peniaga dan penjaja kecil ini.



"Mereka merupakan antara yang mungkin teruk terjejas disebabkan pandemik Covid-19 yang lalu. Jadi dengan baucar ini saya dapat sedikit sebanyak membantu perniagaan mereka juga," ujar beliau.



Cik Suzalinah berkata beliau telah menggunakan sepenuhnya baucar CDC pertama dan merancang untuk melakukan perkara serupa untuk baucar kedua yang turut mempunyai nilai yang sama.



Pemilik restoran Habibie Seafood, Encik Abdul Rahman Abdul Kadir, berkata beliau bersyukur dengan bantuan yang diberikan pemerintah ini untuk rakyat Singapura.



Mengulas, Encik Abdul Rahman berkata: "Kami baru menyertai skim ini sekitar beberapa hari lalu. Saya melihat ini sebagai peluang untuk membantu sesama kita di masa-masa yang sukar ini."



Restoran yang terletak di Tampines Street 81 itu antara perniagaan dan penjaja terbaru yang menyertai skim Baucar CDC ini.



Baucar tersebut boleh dibelanjakan di lebih 16,000 pegerai dan penjaja di estet perumahan.




KENAL PASTI PENIPUAN BAUCAR CDC



- Anda akan menerima SMS dengan pautan baucar unik daripada RedeemSG hanya sejurus selepas anda menuntut baucar anda di laman go.gov.sg/cdcv.



- Pastikan pautan baucar unik yang anda terima bermula dengan https://voucher.redeem.gov.sg/.



- Usah terpedaya atau klik pada mana-mana pautan baucar bermula dengan awalan lain.



- RedeemSG tidak akan menghantar SMS meminta maklumat peribadi atau butiran perbankan anda untuk menuntut baucar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >