Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bagi pasangan S'pura-Malaysia, kena balik Raya bergilir-gilir

Apr 22, 2023 | 05:30 AM



TRADISI balik kampung agak asing buat kebanyakan warga Singapura terutama menjelang Aidilfitri.



Namun bagi pasangan suami isteri - warga Singapura dan warga Malaysia menjadi kebiasaan bagi mereka memutuskan untuk bergilir-gilir sambutan Aidilfitri antara negara masing-masing.



Tahun ini, mereka akan menyambut hari pertama Aidilfitri di Singapura, manakala tahun depan mereka akan ke Malaysia untuk beraya bersama keluarga isteri atau sebaliknya.



Seperti Encik Ayob Ismail, warga Singapura bersama isteri, Cik Mega Suria Hashim, warga Malaysia memutuskan pada tahun ini menyambut Hari Raya di Singapura kerana mempunyai cuti umum yang singkat.



Walaupun pada tahun ini tidak dapat beraya di kampung halaman Cik Mega di Melaka, namun ingatan pada keluarga di sana tetap terpahat di dalam hati mereka.



"Oleh kerana 1 Syawal jatuh pada hujung minggu yang mana ianya agak singkat untuk kami pulang ke kampung halaman, kami memutuskan untuk berhari raya di sini (Singapura)," kata Cik Mega.



Disebabkan cuti umum yang singkat, Encik Ayob dan isteri bercadang untuk menyambut Hari Raya di Melaka pada minggu hadapan.



Bagi keluarga Encik Aman Mohammad Hadi, warga Singapura yang mengahwini warga Malaysia dari Kelantan, Cik Normala Khairudin, menyatakan mereka mengamalkan giliran untuk berhari Raya yang berselang seli seperti Hari Raya Aidilfitri di Singapura dan Aidiladha di Kelantan dan sebaliknya.



"Giliran kami juga mengikut keperluan keluarga dan melihat keadaan kerja, sekolah anak-anak dan hari cuti," ujar Encik Aman.




"Giliran kami juga mengikut keperluan keluarga dan melihat keadaan kerja, sekolah anak-anak dan hari cuti.''
- Encik Aman Mohammad Hadi, warga Singapura, isterinya warga Malaysia. Mereka amalkan giliran berhari Raya berselang- seli seperti Hari Raya Aidilfitri di Singapura dan Aidil Adha di Kelantan dan sebaliknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >