Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Derma sumsum tulang demi bantu pesakit leukemia

Dec 07, 2022 | 05:37 AM



MENDERMA 'sebahagian dirinya' sudah sesuatu yang biasa buat penderma darah, Cik Diana Adnan.



Namun ia hanya bila beliau sedang menuntut di universiti barulah beliau mendapat tahu bahawa beliau juga boleh menderma bahagian tubuh yang lain, kali ini sumsum tulang.



Semasa sedang mengunjungi pameran bergerak di sekolahnya yang meningkatkan kesedaran tentang keperluan sumsum tulang bagi rawatan pesakit leukemia dan penyakit berkaitan darah lain, Cik Diana berasa keadaan dirinya yang sihat merupakan satu "kelebihan".



Itulah yang menggerakkan hatinya untuk mendaftar diri sebagai penderma bersama Program Penderma Sumsum Tulang (BMDP) supaya dapat memberi sinar harapan kepada para pesakit yang dambakan peluang kedua dalam kehidupan mereka.



Berkongsi keprihatinannya, Cik Diana, 29 tahun, berkata mulanya beliau tidak tahu pun bahawa menderma sumsum tulang boleh dilakukan menerusi pengambilan dan pemulangan darah, seperti proses dialisis.



"Saya selalu berfikiran bahawa ia akan melibatkan pengambilan sumsum cecair daripada belakang badan saya.



"Salah tanggapan ini dijelaskan sewaktu pameran bergerak BMDP, jadi saya memutuskan untuk melalui proses swab bagi pipi saya," katanya yang bekerja dalam sektor perkhidmatan awam.



Beberapa tahun kemudian, apabila BMDP menghubunginya untuk memberitahu bahawa terdapat penerima yang bersesuaian, Cik Diana bersetuju untuk meneruskan hasratnya.



Baginya menderma sumsum tulang seperti menderma darah dan seumpamanya, justeru beliau percaya bahawa sumbangannya akan membantu seseorang.



"Saya tidak berasakan akan terdapat sebarang kesan bahaya atau negatif yang boleh timbul daripada proses menderma ini, jadi saya teruskan sahaja," ujarnya.



Menceritakan proses menderma, beliau berkata terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum pendermaan itu, termasuk memberi sampel darah dan mendapat suntikan.



Pada hari menderma empat tahun lalu, Cik Diana dihubungkan dengan sebuah mesin dan hanya perlu duduk dan berehat selama beberapa jam sedang proses menderma itu berjalan.



Seorang penyelaras BMDP menemaninya sepanjang proses menderma sumsum tulang, justeru Cik Diana tidak risau, malah berasakan bahawa proses itu tidak begitu sakit dan serupa dengan menderma darah.



Beliau menggalakkan mereka yang sihat supaya menderma sumsum tulang atau sekurang-kurangnya mengambil langkah pertama dan mendaftar bagi program tersebut.



Cik Diana menambah beliau percaya ada orang yang teragak-agak atau takut untuk menderma, hanya kerana mereka tidak begitu pasti dengan prosesnya.



"Tetapi terdapat ramai individu yang baik hati dan sedia membantu yang akan membantu anda sepanjang proses itu dan anda tidak akan pernah rasa keseorangan atau dalam keadaan berisiko," tambahnya.



Menurut BMDP, lebih ramai penderma sumsum tulang Melayu diperlukan demi membantu pesakit yang menghidapi leukemia dan penyakit berkaitan darah lain.



Buat masa ini, penderma Melayu hanya merangkumi 8 peratus dalam daftar BMDP.



Oleh itu, masyarakat Melayu digesa agar tampil mendaftar diri memandangkan penderma dari kumpulan minoriti etnik setempat kurang diwakili.



Ini memandangkan peluang terbaik seseorang untuk menemui penderma sumsum tulang yang bersesuaian adalah daripada latar belakang kaum yang sama, dan bagi orang Melayu, peluangnya adalah 20 peratus.




"Saya selalu berfikiran bahawa ia akan melibatkan pengambilan sumsum cecair daripada belakang badan saya.



Salah tanggapan ini dijelaskan sewaktu pameran bergerak BMDP (Program Penderma Sumsum Tulang), jadi saya memutuskan untuk melalui proses swab bagi pipi saya.



... Saya tidak berasakan akan terdapat sebarang kesan bahaya atau negatif yang boleh timbul daripada proses menderma ini, jadi saya teruskan sahaja."



- Cik Diana Adnan, penderma sumsum. 




BAGAIMANA BOLEH SAYA DAFTAR DIRI? 



1. Lungsuri laman Facebook 'Bone Marrow Donor Programme (Singapore)' untuk lihat sama ada terdapat pameran bergerak di lokasi berdekatan anda.



2. Lungsuri https://bmdp.org/join-the-register untuk mendapatkan kit swab.



3. Kunjungi pejabat BMDP di 8 Sinaran Drive, #03-02, Singapura 307470, hanya lima minit jika berjalan kaki dari stesen MRT Novena.



  • Anda boleh menjadi penderma sekiranya berusia antara 18 tahun dengan 49 tahun.

  • Anda hanya perlu isi borang dan menjalani swab pipi.

  • Hanya jika anda didapati sepadan dengan seorang pesakit, pusat penderma akan hubungi anda untuk bimbing anda dalam langkah seterusnya.

  • Anda mungkin hanya dihubungi setelah tempoh beberapa bulan atau bertahun.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >