Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Babak Bicentennial

Aug 09, 2019 | 05:30 AM



PADANG.



Tempat penuh bersejarah buat Singapura.



Tempat ini menjadi saksi banyak peristiwa penting yang membentuk kota Singa menjadi negara maju seperti yang dilihat hari ini.



Dipercayai juga terdapat bukti bahawa Padang tempat di mana rundingan antara pihak Britain, Temenggong Abdul Rahman dengan Sultan Hussein Shah dari Johor berlaku.



Pertemuan itu berlaku sebelum perjanjian 1819 dimeterai, yang membolehkan Syarikat Hindia Timur menubuhkan pusat perdagangan di sini.



Dalam sejarah moden pula, pelantikan mantan presiden pertama Singapura, Allahyarham Encik Yusof Ishak, dirasmikan di Padang.



Jata negara juga dilancarkan di Padang dan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pertama diadakan pada 1966.



NDP 2019



Hari ini, nostalgia bakal mengisi Padang sekali lagi dengan adanya lapan kereta berhias.



Kereta tersebut akan bergerak di Padang dalam bahagian Bicentennial Kita.



Kereta berhias mengetengahkan institusi utama Singapura pada abad ke-19, termasuk Hospital Besar Singapura (SGH) dan SingPost.



Saban waktu, institusi tersebut berkembang dan maju bersama negara.



Memulakan perarakan tersebut ialah kereta berhias Kor Senapang Sukarelawan Singapura yang ditubuhkan pada 1854.



Antara lain, mereka menyumbang kepada pertahanan negara, misalnya mempertahan tempat utama negara semasa Perang Dunia Kedua (WW2).



Mereka juga pelopor Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), yang kini menjadi angkatan pertahanan moden.



Syarikat Pelabuhan Tanjong Pagar, iaitu syarikat pelabuhan terbesar pada abad ke-19, juga mempunyai kereta berhias sendiri.



Kini dikenali sebagai PSA International, syarikat tersebut merupakan syarikat pelabuhan global terkemuka yang mengendalikan penghantaran kapal kontena terbesar dunia dari Singapura.



Mereka kekal menjadi peringatan akan peri pentingnya perdagangan maritim kepada Singapura.



Kereta berhias The Straits Times, akhbar nasional negara berbahasa Inggeris, juga akan berarak.



Dilancarkan pada 1845, akhbar tersebut dulunya dicetak menggunakan pencetak tangan.



Kini, teknologi mengambil alih dengan adanya pencetak yang boleh menghasilkan ratusan ribu naskhah dalam waktu singkat.



Bagi kereta berhias SGH, terdapat doktor, jururawat dan 'pesakit', di samping menara jam ikoniknya.



Bermula sebagai bangsal kecil yang terletak berdekatan Sungai Singapura, SGH pada awalnya digunakan untuk merawat pegawai Britain. Institusi itu kemudian dipindahkan ke Outram Road.



SGH menyediakan khidmat penjagaan kesihatan yang dimampui dan dimanfaatkan warga Singapura.



Antara kegiatan kegemaran orang Singapura sudah semestinya membeli-belah.



Oleh sebab itu, tidak hairanlah ada kereta berhias yang mengetengahkan Robinsons, gedung beli-belah terkenal di sini.



Ditubuhkan pada 1858 di Singapura, Robinsons merupakan antara penyumbang berharga pada kerencaman sektor runcit negara.



Kereta berhias Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan bank POSB pun turut serta.



SPF ditubuhkan pada 1820 dengan hanya 12 anggota, sementara Briged Bomba Singapura ditubuhkan pada 1888.



Briged Bomba kemudian menukar nama dan digabungkan dengan pasukan pertahanan awam untuk membentuk SCDF.



SPF dan SCDF, yang menjadi sebahagian pasukan Home Team, memainkan peranan penting dalam memastikan Singapura selamat dan terkawal.



POSB atau Post Office Savings Bank ditubuhkan pada 1877 bagi menyediakan khidmat perbankan kepada rakyat.



Hari ini, melalui inovasi dan penggunaan wadah digital, POSB terus melayani pelanggan, di samping mengharungi transformasi negara ke arah ekonomi digital.



Kini, SingPost, yang bermula sebagai pejabat surat kecil pada zaman penjajahan, menawarkan khidmat pos digital sejajar perubahan masa.



Dulu, bendera akan dikibarkan atau tembakan akan dilepaskan bagi menandakan tibanya kapal yang membawa surat dari luar negara.



Melalui perarakan kereta berhias, sikap dan dedikasi rakyat yang telah membantu membangunkan negara tanpa mengenal erti penat lelah mahupun putus asa diharap dapat disampaikan kepada penonton.



Nilai sebegitulah yang telah berjaya diwariskan dan kini tersemai dalam jiwa rakyat Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >