HARGA, fleksibiliti dan perkhidmatan yang disediakan.
Ini adalah antara beberapa faktor yang diambil kira oleh Encik Kamsan Sukar apabila memilih agensi untuk menunaikan umrah.
Sering ke Tanah Suci bersama kumpulan besar setiap tahun, Encik Kamsan, 68 tahun, berkata pilihan ejen pelancongan umrah yang sesuai penting supaya beliau dan kumpulannya rasa selesa.
Ketika dihubungi oleh Berita Harian (BH), Encik Kamsan menjelaskan beliau dijangka membawa hampir 40 ahli keluarga dan juga rakan-rakan menunaikan umrah hujung tahun ini.
Sebagai seorang individu yang pernah bekerja dalam industri pelancongan, Encik Kamsan berkata beliau suka melakukan umrah secara bersendirian atau 'DIY'.
"Apabila saya merancang untuk melakukan umrah, perkara yang paling penting adalah untuk memastikan kita dapat memaksimumkan masa di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah.
"Pada masa yang sama, kita juga harus mempunyai rehat yang mencukupi.
Pada usia 24 tahun, Encik Fikri Amin Rohaimi, merupakan pengasas gerai Blackgoat yang berjaya menarik perhatian penggemar daging stik dan burger.
Bahkan, pelanggan sanggup beratur sebelum gerainya di
Pada usia 27 tahun, Cik Zarifah Rasid, merealisasikan impiannya untuk membuka restoran masakan Italy, The Fluffy Chef, pada September 2023.
Perjalanan kulinari Cik Zarifah bermula di Institut
Syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) milik hartawan, Encik Elon Musk, xAI, berjaya mengumpulkan AS$6 bilion ($8.1 bilion) dalam pendanaan siri B.
Ia kini mencapai penilaian sebanyak AS$24 bilion
Kecerdasan buatan (AI) sedang mentakrifkan semula cara perniagaan beroperasi dengan mengautomasikan tugas harian.
Bagi mereka yang pernah mengalami keajaiban produk ChatGPT, Midjourney dan seumpamanya
Rintik hujan yang turun membasahi bumi di Singapura, enam tahun lalu, mencetus idea buat dua penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi muda, Shazza dan Umar Sirhan, mencipta karya romantis.
Setiap
Syarikat BYD China baru-baru ini melancarkan versi terkini teknologi hibrid pemalam atau ‘plug-in’ yang meningkatkan penjimatan bahan api dan kos, memperhebatkan persaingan dengan Toyota dan
Sering kita dengar masa skrin yang lama dan tidak terbatas membawa kesan padah kepada kanak-kanak.
Tetapi tahukah anda bahawa masa skrin ibu bapa juga mempunyai kesan terhadap pembangunan anak?
Pendig
Sepanjang meniti perjalanan sebagai anak seni selama 17 tahun, pelakon kelahiran Kuala Lumpur, Muhammad Syafie Naswip, sering diberi watak dengan bebanan emosi yang mampu merentap tangkai hati
Wanita yang mempunyai sejarah keluarga dengan barah harus menjalani ujian DNA tanpa mengira usia untuk melihat jika mereka mempunyai gen kanser keturunan yang bermutasi, yang meningkatkan risiko
Anda seorang ibu yang tinggal di rumah (SAHM) dan mahu kembali ke alam pekerjaan? Membayangkan langkah menuju ke alam yang sudah lama ditinggalkan atau belum sempat mencuba, boleh menimbulkan rasa

"Jadi sekiranya saya dapat melakukan umrah DIY, saya dapat menyesuaikan pakej umrah kepada kumpulan saya," kata Encik Kamsan.
Sebelum pandemik Covid-19, Encik Kamsan tidak melepas peluang untuk menunaikan umrah setiap tahun.
Dengan pembukaan semula sempadan Arab Saudi bagi jemaah umrah tahun lalu, beliau telah mula meneruskan tradisi tersebut.
Menurutnya, tahun lalu, beliau membawa kumpulan lebih daripada 30 orang untuk menunaikan umrah pada November 2022 di bawah Syukran Travel & Tours.
Encik Kamsan dan kumpulannya akan ke Madinah dan Makkah selama 12 hari dan dijangka mengikuti rombongan Syukran Travel & Tours sekali lagi.
Menurutnya beliau akan berbelanja sekitar $3450 bagi setiap pax bagi penginapan untuk empat orang sebilik.
Encik Kamsan berkata harga ini berpatutan berbanding ejen pelancongan umrah lain yang mengenakan bayaran sekitar $4,000 hingga $5,000 bagi setiap pax.
"Yang penting adalah kami semua mempunyai tempat tinggal, tandas yang bersih dan juga makanan yang dapat memberi kita tenaga untuk menunaikan ibadah.
"Bagi saya bayaran yang berlebihan untuk hotel yang lebih mewah itu mungkin tidak diutamakan. Semua perkara lain sudah termasuk dalam pakej.
"Oleh itu segi ini, saya rasa Syukran Travel & Tours adalah paling sesuai bagi saya dan kumpulan saya," jelasnya.
Encik Kamsan dan kumpulannya dijangka berangkat ke Tanah Suci pada Disember ini.
"Apabila saya dapat membawa keluarga dan orang lain ke umrah, saya rasa gembira.
"Kali ini terdapat sekitar 11 individu yang akan melakukan umrah buat pertama kali.
"Saya berharap dengan perancangan khusus yang unik ini, pengalaman ini akan menjadi sesuatu yang mereka tidak dapat lupakan dan akan menikmati," katanya.