Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

'Covid Baby' ceria sambut Raya

Anak ghairah mahu cuti ke luar negara

Mereka dilahirkan di puncak pandemik Covid-19 yang melanda dunia yang mengubah 360 darjah kehidupan kita. 'Pandemic babies' atau kanak-kanak yang dilahirkan semasa tahun 2020 mempunyai pengalaman yang jauh berbeza dengan kanak-kanak lain - pelitup sudah menjadi kebiasaan, bercuti juga kebanyakannya di negara sendiri, dan pengalaman beraya berbeza setiap tahun. Sempena Hari Raya tahun ini, BERITA HARIAN (BH) mengikuti empat kanak-kanak yang dilahirkan semasa pandemik dan meninjau perkembangan mereka serta perasaan menyambut Hari Raya 2023 yang lebih meriah.
Apr 22, 2023 | 05:30 AM



SEJAK berusia tiga bulan, anak sulung mereka, Marissa Ayuni, sudah 'terbang' ke sana sini.



Maklumlah...ibu bapa Marissa, Cik Aisyah Rahamad dan Encik Aizuddin Mohd Jamil, memang jenis tak suka 'duduk diam' - seperti ramai warga Singapura - dan gemar bercuti ke luar negara apabila ada masa lapang.



Mereka merancang meneruskan pengembaraan sekeluarga itu selepas kelahiran anak kedua mereka, Elisha Azzahra.



Namun, memandangkan Elisha dilahirkan sekitar beberapa minggu selepas Singapura memasuki tempoh pemutus litar pada April 2020 yang berlarutan hingga Jun 2020 , pasangan itu sedar mereka terpaksa 'simpan' dulu rancangan tersebut.



Seperti ramai 'bayi pandemik' lain yang lahir sekitar 2020, tahun ini merupakan kali pertama Elisha menaiki pesawat untuk ke luar negara.



Ini meskipun pernah merentas sempadan untuk ke Johor Bahru beberapa bulan selepas sempadan antara Singapura dan Malaysia dibuka bagi pengunjung yang divaksin pada April 2022.



"Anak pertama kami dah ke mana-mana - termasuk Malaysia, Indonesia- semasa dia berusia tiga bulan.



"Tapi anak kedua kami, tiga tahun baru dapat betul-betul naik kapal terbang untuk ke negara lebih jauh," kata Cik Aisyah, 34 tahun.



Empat sekeluarga itu telah bercuti selama seminggu ke Britain pada Mac 2023.



"Memang kededuanya cukup teruja dapat ke luar negara - terutama sekali Elisha - apa lagi dengan cuaca sejuk di sana yang memang tak dapat dirasakan di Singapura," kata Encik Aizuddin semasa temu ramah dengan Berita Harian (BH).



Menyentuh tentang pengalaman menyambut kelahiran dan membesarkan anak semasa pandemik, pasangan tersebut akui ia diiringi cabaran yang sebelum ini tidak pernah dihadapi semasa kelahiran anak pertama mereka.



Malah, bulan terakhir kehamilan itu merupakan antara tempoh paling mencabar bagi Cik Aisyah, yang bertugas sebagai seorang jururawat di wad hospital.



"Memang setiap hari saya bimbang, takut dijangkiti, pasal kalau saya positif Covid-19, memang bila nak melahirkan itu saya seorang saja dalam wad, suami pun tak boleh masuk.



"Takut juga kalau jadi apa-apa kat saya semasa melahirkan, beliau tak ada di dalam," katanya, menyingkap kembali perasaannya pada masa itu.



Meskipun pada mulanya pasangan tersebut agak bimbang kurangnya pendedahan sosial bakal menjejas pembangunan serta keperibadian Elisha, mereka lega melihat keupayaannya untuk menyesuaikan diri apabila bergaul dengan saudara-mara dan juga teman-teman.



"Kami cuba biasakan, tunjukkan dia saudara mara melalui panggilan video bila tak dapat bersua muka, itu salah satu cara kami siapkan dia supaya bila berjumpa dia dah kenal 'Oh ini yang ada di video itu!'.



"Tapi, memang si kecil ini selalunya tak ada masalah beramah mesra dengan saudara maranya," kata Encik Aizuddin.



Mungkin kakaknya Marissa, yang kini berusia enam tahun, juga ada mainkan peranan, tambah Encik Aizuddin, memandang kepada kededua anaknya yang pada masa itu sedang seronok bermain kejar-kejar bersama semasa temu ramah ini berlangsung.



Dengan tiada lagi sekatan mahupun langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi, tahun 2023 merupakan kali pertama Elisha bakal bertemu saudara mara dan keluarga yang lebih besar.



Jadi, bagaimana perasaan Elisha?



"Dia kalau takut sekejap je, selepas beberapa minit dia lah yang panggil teruja lihat ramai orang di sekelilingnya," seloroh Cik Aisyah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >