DENGAN keadaan Covid-19 yang masih belum nampak penghujungnya di dunia, jemaah Singapura perlu sedia maklum bahawa ibadah umrah akan berubah dan tidak sama seperti dahulu dalam banyak aspek.
Ini termasuk jumlah hari umrah dilaksanakan, harga pakej, pergerakan di satu destinasi, dan penerbangan, dedah Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) , Ustaz TM Fouzy TM Jumat, dalam satu kenyataan Amtas yang dikeluarkan semalam.