Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada pilihan gerai bazar Raya pada kadar sewa lebih dimampui: Faishal

WGS
Jan 29, 2023 | 07:23 PM



DI sebalik keprihatinan sesetengah peniaga yang ingin menyewa gerai Bazar Raya Geylang Serai tentang kos sewa yang tinggi, terdapat pilihan sewa serendah $55 yang boleh dimampui dan dapat dimanfaatkan demi membangunkan bisnes musiman sempena Ramadan.



Menjelaskan demikian ketika ditemui sesudah konsert Persada Budaya anjuran Wisma Geylang Serai (WGS) semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) yang juga Penasihat Utama WGS, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata:



“Kami akur akan keprihatinan yang dikongsi seperti perihal kos tetapi kali ini wujud pelbagai pilihan di mana peniaga boleh memilih sama ada mahu menyewa gerai kecil ataupun besar.



“Bagi gerai lebih kecil dengan jangkaan sewa $55 sehari atau sekitar $2,000 sebulan bagi tempoh 36 hari, ia adalah sesuatu yang boleh menjadi pilihan peniaga.



“Seberapa boleh, kami mahu menyediakan landasan yang boleh dimampui semua lapisan pengendali gerai. Dengan kenaikan kos di merata dunia, kami mengusahakan keseimbangan dari segi pulangan yang boleh diraih kembali. 



“Ia bukan mudah tetapi kami bekerja keras dengan operator bazar untuk pastikan bazar kali ini menawarkan pengalaman menjual dan membeli barangan dan makanan yang lebih baik daripada tahun-tahun sudah.”



Secara umum, kos sewa bagi gerai runcit adalah sehingga $15,000 sepanjang tempoh bazar manakala sewa bagi gerai F&B adalah sehingga $19,000 untuk tempoh yang sama. Namun, buat julung-julung kalinya disediakan pilihan gerai kecil dengan kos lebih rendah.



Sejauh ini, maklum balas yang baik dan amat menggalakkan diterima Wisma Geylang Serai (WGS) mengenai Bazar Raya Geylang Serai yang bakal diadakan pada tempoh lebih lama iaitu 36 hari antara 17 Mac dengan 21 April ini, kata Dr Faishal.



Menurutnya, hasil perbualannya dengan masyarakat Melayu dan bukan Melayu di kedai kopi atau beberapa acara lain di sini, dapat dikesan keghairahan ramai untuk mengunjungi dan menikmati jualan bazar kali ini sesudah tempoh Covid-19 yang suram dengan ketiadaan bazar pada awal pandemik serta keterbatasan jumlah gerai yang disediakan selepas itu.



“Ramai yang tidak sabar untuk kunjungi bazar termasuk yang bukan Melayu memandangkan Singapura merupakan masyarakat majmuk yang menekankan inklusiviti dalam acara yang diadakan.



“Daripada 70 gerai tahun lalu, kita mempunyai lebih kurang 700 gerai. Ia merupakan tambahan yang baik di samping tempoh bazar yang lebih lama iaitu 36 hari. Saya berharap kami dapat membangunkan wadah untuk peniaga kecil-kecilan di samping syarikat Melayu membangunkan perniagaan musiman pada waktu Ramadan dan menjelang Hari Raya.



“Inilah peluang menonjolkan aspek positif masyarakat Melayu melalui semangat gotong-royong dan bekerjasama. Bazar ini peluang untuk kita menyumbang pada pembangunan negara sebab bukan masyarakat Melayu sahaja yang mengunjungi bazar tetapi pelanggan berbilang kaum juga ingin menikmati peluang dan suasana membeli barangan dan makanan halal di sana,” jelas Dr Faishal.



Menurutnya, Bazar Raya Geylang Serai ini juga platform meningkatkan kefahaman kaum lain tentang budaya dan cara kehidupan masyarakat Melayu agar keharmonian dan persefahaman dapat dibina dalam suasana yang santai dan menceriakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >