Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN ANTARABANGSA MASYARAKAT GEMILANG 2022 (ICCOS)

90 wakil setempat, antarabangsa tinjau kehidupan masyarakat Islam S'pura

Sep 10, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 90 wakil setempat dan antarabangsa terlibat dalam kunjungan pembelajaran di serata Singapura sebelum Persidangan Antrabangsa Masyarakat Gemilang (ICCOS) semalam untuk mengenali tentang amalan masyarakat Islam di sini termasuk bagaimana mereka hidup dalam sebuah masyarakat majmuk.



Ini merupakan sebahagian Program Pembelajaran Eksekutif (ESP) yang mendedahkan peserta kepada pengalaman Singapura membangunkan institusi dan memperkukuh hubungan dalam masyarakat.



Contohnya, sewaktu kunjungan ke Masjid Yusof Ishak yang terletak di Woodlands semalam, sekumpulan wakil setempat dan antarabangsa mempelajari lebih banyak tentang Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), yang telah menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan yang bukan sahaja penganut agama Islam tetapi juga dari agama lain.



Antara peserta dari luar negara ialah Encik Mustafa Field, Pengarah Faiths Forum for London.



Beliau, yang bertanggungjawab untuk mengekalkan rangkaian pertubuhan dan kumpulan agama yang pelbagai di London, memuji usaha RLAF memberi bantuan kemanusiaan secara meluas.



Encik Mustafa berkata terdapat piawaian profesional yang baik di mana kerja-kerja sukarela diinstitusikan, dan wakil-wakil luar negara boleh belajar bagaimana untuk menetapkan asas yang betul apabila mengendalikan projek kemanusiaan dan yang berasaskan agama.



"Anda mempunyai satu perkara yang amat istimewa di sini.



"Orang ramai bangga dengan kepelbagaian dalam negara ini... apabila saya berbual dengan rakan kerja British saya semalam, saya mengatakan bagaimana saya berharap kami mempunyai rasa bangga itu ke atas minoriti kami, kepelbagaian kami. Saya rasa itu yang boleh kami ambil dan belajar tentang usaha baik yang dilakukan masyarakat dalam negara ini," ujarnya.



Wakil setempat, Cik Irfana Banu, yang merupakan setiausaha Persatuan Perkhidmatan Sosial Muslim India (IMSSA), berkata ia merupakan pengalaman membuka mata.



Beliau mendalami cabaran unik yang dihadapi masyarakat Islam dari negara lain - dengan ada yang membentuk kurang 5 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhan - sedang mereka berusaha untuk hidup dalam masyarakat yang lebih luas sementara berpegang teguh dalam kepercayaan mereka.



"Saya boleh menyebarkan apa yang saya pelajari kepada belia lain supaya kita warga Singapura lebih menghargai apa yang kita ada. Sekarang kita lebih tahu tentang pengalaman serta cabaran yang dihadapi Muslim di negara lain - sesuatu yang tidak pernah kita dengar. Mewujudkan kesedaran itu dalam kalangan warga Singapura kita akan menjadikan kita masyarakat yang lebih dirahmati dan bersyukur di Singapura," ujarnya.



Selain RLAF di Masjid Yusof Ishak, wakil-wakil dalam ESP turut berinteraksi dengan pemimpin masyarakat dan agama dari pertubuhan lain seperti Akademi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki, Pejabat Penyelarasan Pelibatan M³, dan Pusat Harmoni, serta mempelajari pelbagai inisiatif untuk memperkukuh institusi keluarga seperti Bersamamu dan Project Arif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >