Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

735 pengunjung dari Jerman, 20 dari Brunei manfaat skim laluan perjalanan divaksin

Sep 02, 2021 | 06:20 PM



SEKITAR 750 orang menerima kebenaran memasuki Singapura di bawah skim baru bagi pengunjung yang sudah divaksin pada hari pertama setelah permohonan dibuka. 



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata sehingga 11.59 malam pada Rabu (1 September), 735 pengunjung dari Jerman, yang terdiri daripada 301 pengunjung jangka pendek dan 434 pemegang pas jangka panjang menerima pas kembara menerusi Laluan Perjalanan Mereka Yang Divaksin (VTL).



Seiringan dengan itu, 20 pengunjung dari Brunei juga diberi kelulusan masuk. Mereka terdiri daripada 18 pengunjung jangka pendek dan dua pemegang pas jangka panjang.



Mereka memohon untuk kembara ke Singapura antara Rabu depan dengan 7 Oktober.



Penerbangan VTL pertama dari Jerman akan tiba Rabu depan sementara penerbangan pertama dari Brunei menerusi skim ini akan tiba Khamis depan.



Skim VTL membenarkan pengunjung yang sudah divaksin penuh termasuk pelancong mengikuti penerbangan dari Jerman dan Brunei tanpa kuarantin.



Mereka sebaliknya akan menjalani beberapa ujian Covid-19 dan menaiki penerbangan khusus, selain beberapa langkah berjaga-jaga lain.



Singapura juga telah mengemaskinikan penyata penasihat perjalanannya bagi membenarkan kembara ke negara-negara ini.



Brunei kekal ditutup bagi perjalanan riadah kerana pandemik Covid-19 ini tetapi Jerman awal sebelum ini telah membuka sempadan satu pihak kepada Singapura.



Ini bererti penduduk Singapura yang sudah divaksin penuh akan dapat mengembara ke Jerman dalam sebarang penerbangan dan kembali ke sini menerusi penerbangan VTL khusus mulai Rabu bagi menikmati kembara riadah tanpa kuarantin.



Warga Singapura dan penduduk tetap yang sudah divaksin penuh tidak perlu memohon bagi Pas Perjalanan Mereka Yang Divaksin bagi memasuki Singapura di bawah skim baru ini.



Ketua Pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan, berkata VTL adalah satu permulaan berjaga-jaga.



"Ia akan membolehkan kita meraih pengalaman dan membangun keyakinan sedang kita terus membuka sempadan kita dan berhubung semula dengan dunia secara berhati-hati dan langkah demi langkah," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >