Sekitar 4,500 keluarga dan pemilik rumah bujang, telah berpindah ke bl0k HDB yang sama atau berdekatan ibu bapa atau anak mereka, dalam tempoh empat tahun lalu.Mereka antara 30,100 pemohon pertama bagi Geran Perumahan Berhampiran (PHG) - yang diperkenalkan pada Ogos 2015 - dan bertujuan menggalak hubungan kekeluargaan lebih rapat dan sikap saling menyokong.
Kumpulan ini merangkumi sepertiga daripada 96,800 permohonan yang diterima HDB bagi flat jualan semula antara 24 Ogos 2015 dengan 31 Disember tahun lalu, menurut perangkaan HDB hari ini.
Sekitar $550 juta telah diagihkan kepada 29,600 keluarga di bawah skim PHG pada masa ini.
Di bawah skim itu, yang diperuntuk bagi flat jualan semula sahaja, keluarga atau bujang yang membeli flat pertama boleh menerima geran $20,000 dan $10,000 apabila mereka membeli flat jualan semula yang terletak empat kilometer dari flat ibu bapa atau anak.
Geran ini meningkat kepada $30,000 dan $15,000 bagi keluarga atau bujang yang membeli flat jualan semula untuk tinggal bersama ibu bapa atau anak mereka.