Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 yang dijangka bakal terajui pasukan 4G?

Apr 10, 2021 | 05:30 AM



SELEPAS Timbalan Perdana Menteri (DPM) Heng Swee Keat mengumumkan beliau akan mengundur diri sebagai pemimpin pasukan 4G Parti Tindakan Rakyat (PAP), tumpuan kini tertumpu kepada siapa yang mungkin menggantikannya.



Pada sidang akhbar kelmarin, kumpulan pemimpin 4G parti itu mengatakan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk memilih pemimpin baru dalam kalangan mereka.



Berikut adalah empat anggota teras pasukan 4G yang dianggap penganalisis politik mungkin menjadi calon menggantikan Encik Heng sebagai ketua pasukan itu, dan berpotensi menggantikan Encik Lee Hsien Loong sebagai perdana menteri Singapura:



Encik Chan Chun Sing, 51 tahun; Encik Ong Ye Kung, 51 tahun; Encik Lawrence Wong, 48 tahun; dan Encik Desmond Lee, 44 tahun.



Kesemua mereka duduk dalam jawatankuasa eksekutif pusat PAP, dan merupakan antara pemimpin 4G yang hadir di sidang media di Istana kelmarin.



Encik Wong dan Encik Desmond Lee baru dipilih menjadi anggota badan pembuat keputusan tertinggi parti pemerintah itu pada November lalu.



Dalam parti itu, Encik Chan berada di kedudukan tertinggi dalam kalangan empat orang itu sebagai penolong setiausaha agung kedua.



Encik Heng, yang merupakan penolong setiausaha agung pertama, telah memilih Encik Chan sebagai timbalannya.



Kini memegang jawatan Menteri Perdagangan dan Perusahaan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan menyertai politik pada 2011 setelah 24 tahun bertugas di Angkatan Bersenjata Singapura, di mana beliau menjadi panglima tentera.



Beliau dipilih sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar GRC dan dilantik sebagai Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan; dan Menteri Negara Penerangan, Perhubungan dan Kesenian.



Encik Chan kemudian dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh pada 2013, dan memimpin portfolio pembangunan sosial dan keluarga. Beliau juga merupakan Menteri Pertahanan Kedua ketika itu.



Beliau telah menjadi timbalan ketua Persatuan Rakyat (PA) sejak 2015.



Encik Ong pula bertanding pada pilihan raya 2011 sebagai sebahagian pasukan PAP di Aljunied yang tewas kepada Parti Pekerja (WP).



Beliau kemudian berjaya dalam pilihan raya di GRC Sembawang pada 2015, dan dilantik sebagai Pemangku Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran).



Beliau kemudian dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh pada tahun berikutnya dan dijadikan Menteri Pertahanan Kedua.



Encik Ong kemudiannya menjadi Menteri Pendidikan. Kini sebagai Menteri Pengangkutan, beliau juga anggota lembaga Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Sebelum menyertai politik, beliau bekerja di Keppel Corporation dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), dan merupakan ketua eksekutif Agensi Pembangunan Tenaga Kerja Singapura (WDA).



Beliau pernah menjadi setiausaha sulit utama PM Lee dari 2003 hingga 2005, dan setiausaha akhbarnya sebelum itu.



Encik Wong juga merupakan bekas setiausaha sulit utama PM Lee. Beliau kemudian mengetuai Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) sebelum memasuki politik pada 2011.



Kini sebagai Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan Kedua, beliau telah dilantik sebagai menteri penuh pada 2014 dan pernah memegang jawatan dalam bidang pertahanan; penerangan dan perhubungan; pembangunan negara; dan portfolio budaya, perhubungan dan belia.



Profil Encik Wong meningkat kerana peranannya dalam memimpin Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 sebagai pengerusi bersama, di samping Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.



Beliau mempengerusikan Yayasan Masyarakat PAP dan Yayasan Buruh Singapura, dan menganggotai beberapa pertubuhan termasuk Perbadanan Pelaburan Pemerintah Singapura (GIC) dan Majlis Ekonomi Masa Depan.



Paling muda daripada empat individu itu ialah Encik Desmond Lee, yang merupakan Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Bertanggungjawab bagi Penyepaduan Perkhidmatan Sosial.



Beliau dipilih sebagai AP GRC Jurong pada 2011, dan pada 2017 dilantik sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, dan Menteri Kedua Pembangunan Negara. Beliau berpindah ke GRC West Coast semasa pilihan raya 2020.



Encik Lee menjadi pengerusi bersama gerakan Singapura Bersama (Singapore Together) yang menggalak orang ramai untuk menjadi rakan pemerintah, selain pasukan bertindak Lebih Kukuh Singapura Bersatu yang memetakan pemulihan ekonomi pascawabak.



Sebelum menyertai politik, Encik Lee, yang merupakan anak mantan menteri Kabinet Lee Yock Suan, bertugas sebagai timbalan pendakwa raya dan peguam negara di bahagian keadilan jenayah di Jabatan Peguam Negara.



Beliau juga pernah mengetuai jabatan perundangan Kementerian Kesihatan dan merupakan penasihat dalaman syarikat Temasek. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >