Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMANAT TAHUN BARU PRESIDEN

'2020 tahun luar biasa tapi warga SG bukti berdaya tahan harungi krisis'

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



2020 merupakan tahun yang amat luar biasa dan mencabar bagi semua.



Covid-19 telah menyebabkan gangguan ekonomi dan sosial yang serius.



Kita kini perlu menilai semula cara kita mengatur kehidupan, pekerjaan dan perniagaan kerana kita tidak akan kembali ke masa sebelum Covid-19.



Namun, terdapat juga peluang.



Covid-19 telah mempercepatkan penggunaan teknologi, dan cabaran jangka panjang seperti perubahan iklim telah mendapat dorongan baru.



Negara-negara sedang menggunakan peluang ini untuk membentuk semula pemulihan mereka ke arah ekonomi yang lebih hijau dan mampan.



Vaksin Covid-19 kini tersedia ada - satu sebab untuk berceria, namun kita perlu mengikuti nasihat pakar tentang keperluan berterusan untuk berwaspada dan terus mengamalkan langkah pengurusan selamat meskipun terdapat vaksin.



Dari segi ekonomi, kita masih mengalami kesan buruk Covid-19, yang lebih dahsyat bagi sektor berkaitan aeroangkasa dan pelancongan kita.



Pemulihan sepenuhnya ke tempoh sebelum Covid mungkin mengambil masa satu atau dua tahun, dengan usaha bersepadu.



Dekad seterusnya akan menyaksikan pertumbuhan lebih perlahan dengan perbelanjaan lebih tinggi, namun kita mesti terus membuat pelaburan penting dalam pembangunan prasarana dan kemahiran agar kita boleh terus menarik pelaburan baru dan mencipta pekerjaan baru.



Negara-negara sedang menghadapi cabaran dengan kedudukan fiskal yang ketat, kerana kewangan pemerintah telah mengambil langkah-langkah bantuan untuk membantu perniagaan dan rakyat yang terjejas dengan Covid-19.



Singapura tidak terkecuali kerana kita perlu menggunakan simpanan masa lalu untuk menyokong perniagaan dan pekerjaan kita.



Memandang ke depan, kedudukan fiskal pemerintah akan terus kekal ketat, namun kita juga tidak boleh mengamalkan dasar yang akan menyebabkan ekonomi menguncup yang boleh menangguhkan pemulihan kita.



Ia adalah keseimbangan teliti dengan kepentingan rakyat menjadi teras kami dalam apa jua yang kami lakukan.



Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua karyawan penjagaan kesihatan kita atas dedikasi dan ketabahan mereka yang telah membantu memastikan kita selamat dari Covid- 19.



Terima kasih juga kepada semua pekerja barisan hadapan yang lain.



Tanpa perkhidmatan anda, hidup akan menjadi sangat tidak menyenangkan bagi kita kerana kita tidak dapat mengakses kemudahan asas dan rasa selamat.



Saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada semua rakyat Singapura atas kecekalan dan kesabaran anda dalam menangani pandemik ini.



Rakyat Singapura telah berulang kali menunjukkan bahawa kita kuat dan cekal dan bahawa krisis memperkukuh dan menjadikan kita lebih berdaya tahan.



Saya yakin bahawa kita boleh mengatasi krisis Covid-19 ini bersama, dan kita akan terus membina masa depan yang lebih baik buat anak-anak dan cucu kita.



Untuk ini, kita memerlukan penglibatan semua.



Saya mengucapkan selamat tahun baru 2021 kepada semua rakyat Singapura!




TERIMA KASIH SEMUA

"Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua karyawan penjagaan kesihatan kita atas dedikasi dan ketabahan mereka yang telah membantu memastikan kita selamat dari Covid-19. Terima kasih juga kepada semua pekerja barisan hadapan yang lain. Tanpa perkhidmatan anda, hidup akan menjadi sangat tidak menyenangkan bagi kita kerana kita tidak dapat mengakses kemudahan asas dan rasa selamat. Saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada semua rakyat Singapura atas kecekalan dan kesabaran anda dalam menangani pandemik ini."

- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >