Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura 2023

2 dalam 5 akan lapor ahli keluarga, rakan yang tunjuk tanda radikalisasi: ISD

Radikalisasi belia satu kebimbangan dengan wadah media sosial, permainan diguna sebagai saluran merekrut
Jul 24, 2023 | 06:47 PM



Sekitar 37 peratus, atau kurang dua dalam lima warga Singapura dan penduduk tetap, akan menghubungi pihak berkuasa jika mereka percaya ahli keluarga atau rakan mereka menunjukkan tanda-tanda radikalisasi, menurut satu tinjauan yang dijalankan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) baru-baru ini.

Ini sedangkan 70 peratus daripada 2,004 responden berumur 15 tahun ke atas yang ditinjau berkata mereka rata-rata berwaspada dan berjaga-jaga terhadap tingkah laku atau barang yang mencurigakan di tempat awam.

Dapatan tinjauan itu, yang dijalankan dari Oktober hingga Disember 2022, dikongsi dalam Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura 2023 yang dikeluarkan pada Isnin.

Setebal 35 muka surat, laporan itu antara lain mendapati walaupun tidak ada tanda-tanda serangan akan berlaku dalam masa terdekat, Singapura terus menjadi sasaran unsur pengganas.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam laporan itu berkata radikalisasi belia semakin menjadi kebimbangan di sini, dengan wadah media sosial dan permainan digunakan sebagai saluran untuk merekrut mereka ke dalam kumpulan pengganas.

Mereka yang menjadi radikal juga didapati semakin muda.

Sejak 2015, 49 individu yang menjadi radikal sendiri telah dikenakan arahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka terdiri daripada 37 warga Singapura dan 12 warga asing.

Dalam tempoh sama, 11 warga Singapura yang radikal sendiri berumur 20 tahun dan ke bawah telah ditangani di bawah ISA.

Dalam empat kes yang ditangani sejak penilaian ancaman pengganasan terakhir pada Julai 2022, tiga daripadanya melibatkan golongan muda.

Individu paling muda berumur 15 tahun.

ISD berkata kebanyakan individu yang radikal sendiri yang dikesan di Singapura dipengaruhi oleh naratif pelampau, seperti yang disebarkan oleh ISIS dan Al-Qaeda.

“Naratif ini menyentuh rungutan yang mendasari untuk mewajarkan kepercayaan radikal tertentu,” katanya.

Kehilangan wilayah dan kepimpinan ISIS didapati tidak mengurangkan daya tarikannya kepada individu-individu itu, yang kebanyakan mereka mengikuti naratif ganas dan dahsyat daripada media sosial, tambah ISD.

“Terdapat ekosistem penyokong ISIS dalam talian, yang mengedar dan mengitar semula naratif ini serta memudahkan radikalisasi individu yang berfikiran serupa merentas sempadan,” katanya.

ISD berkata wadah media sosial dan permainan dalam talian telah menonjol dalam kes-kes ISA tempatan baru-baru ini sebagai saluran radikalisasi.

Tiga belia Singapura yang ditangani sepanjang setahun lalu semuanya menjadi radikal ekoran propaganda dalam talian ISIS. Mereka juga berkenalan melalui saluran media sosial ekstremis yang sama.

Dalam perbualan peribadi dalam talian, mereka berkongsi kepercayaan radikal dan sokongan mereka terhadap kumpulan pengganas serta membincangkan langkah-langkah untuk menyembunyikan aktiviti dalam talian mereka.

Seorang remaja berusia 16 tahun, yang telah dikenakan perintah sekatan pada Januari, telah menghasilkan video propaganda ISIS menggunakan rakaman daripada wadah permainan dalam talian terkenal, Roblox.

“Sedang wadah-wadah itu sendiri tidak berbahaya, pengganas dan pelampau telah menggunakan ciri-cirinya untuk perekrutan dan radikalisasi,” kata ISD.

Ia berkata terdapat sumber bahan pelampau yang sedia ada di media sosial yang dikongsi di pelbagai wadah dalam talian yang mudah diakses.

Media sosial juga memberi akses mudah kepada ceramah pendakwah asing yang radikal atau yang menggalak sikap pengasingan, menerapkan pandangan tidak bertoleransi yang boleh membuka laluan bagi sikap radikalisasi.

Dalam setiap kes ISA baru-baru ini, individu yang radikal sendiri telah menghabiskan banyak masa dalam talian, mendengar khutbah pendakwah radikal seperti Ahmed Deedat, Zakir Naik, dan Anwar Al-Awlaki.

Wadah media sosial dan permainan dalam talian juga membolehkan individu yang berfikiran serupa untuk berhubung merentas sempadan, membentuk “khalifah maya” di mana mereka boleh menyebarkan sokongan mereka terhadap kumpulan pengganas dan berkemungkinan besar, tindakan ganas, kata ISD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >