Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG AKHBAR PERDANA MENTERI

15 daripada 19 pihak namakan Lawrence Wong sebagai pilihan utama: Khaw

Apr 17, 2022 | 05:30 AM



PROSES mewawancara menteri Kabinet bagi pemilihan ketua pasukan generasi keempat (4G) kepimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengambil masa sekitar tiga minggu.



Ia bermula selepas perbahasan Belanjawan yang berakhir Mac lalu, kata mantan menteri Kabinet, Encik Khaw Boon Wan, yang memimpin proses perundingan itu.



"Kami berusaha membuat pilihan penting mengenai seseorang yang paling berkebolehan menyatupadukan pasukan, memanfaatkan kekuatan menteri, memberi kepimpinan kepada kedua-dua pasukan itu dan Singapura, serta memberi kita peluang terbaik untuk terus berjaya.



"PM (Encik Lee Hsien Loong) telah memberitahu saya bahawa tugas saya bukan sahaja untuk mendapat tahu siapa yang mempunyai sokongan paling kuat daripada menteri, bahkan melakukannya dengan cara yang memupuk kata sepakat dan menyatukan pasukan itu," kata Encik Khaw di sidang akhbar semalam.



Justeru, Encik Khaw, yang juga mantan pengerusi PAP, telah mengambil pendekatan yang menggalakkan perbincangan secara terus terang dan jujur mengenai kekuatan dan kelemahan setiap calon berpotensi.



Matlamatnya adalah untuk menggalakkan perpaduan, dan memastikan terdapat pasukan 4G yang kukuh, kata Encik Khaw.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dipilih sebagai ketua 4G PAP setelah beliau meraih sokongan majoriti, dengan seramai 15 daripada 19 pihak yang diwawancara Encik Khaw menamakan Encik Wong sebagai pilihan utama.



Ini bermakna Encik Wong meraih undian 79 peratus daripada pihak yang terlibat merangkumi menteri Kabinet, tidak termasuk Encik Lee dan dua menteri kanan; dan termasuk Speaker, Encik Tan Chuan-Jin; serta Setiausaha Agung NTUC Encik Ng Chee Meng.



Encik Khaw telah mewawancara setiap pihak berkepentingan itu secara perseorangan - dengan setiap wawancara mengambil masa hingga sejam - mengenai pilihan utama mereka, selain diri mereka sendiri.



Mereka juga diminta untuk menyenaraikan calon berpotensi itu mengikut pilihan mereka.



Encik Khaw berkata beliau telah membincangkan ciri-ciri kepimpinan politik penting untuk menggalakkan mereka membuat keputusan yang "dipertimbangkan dengan baik, tanpa dipengaruhi perasaan.



"Pihak berkepentingan itu jujur dengan penilaian mereka. Mereka tegas mahu memilih calon dengan komitmen kepada Singapura yang tidak dipertikaikan, yang meraih kepercayaan daripada kededua warga Singapura dan pasukan penjawat politik serta AP, yang mempunyai sokongan rakan kerjanya dan yang paling berkebolehan menyatupadukan mereka untuk berkhidmat kepada negara.



"Ciri-ciri perwatakan ini sukar dinilai, tetapi penting untuk memastikan kejayaan pasukan itu dan kejayaan Singapura," ujar Encik Khaw.



Ditanya Berita Minggu mengenai menteri lain yang dipertimbangkan sebagai calon dan undian yang mereka terima, Encik Khaw berkata tiada calon lain yang meraih lebih daripada dua undian.



"Setelah kami meraih keputusan jelas, tidak perlulah saya membincangkan siapa pilihan kedua atau ketiga.



"Cukup untuk dikatakan bahawa Lawrence merupakan pilihan pertama majoriti yang besar," ujar Encik Wong.



Dalam sidang akhbar semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata proses itu turut melibatkan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, dan Speaker, Encik Tan Chuan-Jin kerana mereka juga terlibat dalam pemilihan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat sebagai pemimpin 4G sebelum ini.



Ditanya mengenai mengapa penjawat politik lain tidak terlibat kali ini berbanding semasa pemilihan Encik Heng sebagai ketua 4G sebelum ini, Encik Lee berkata langkah melibatkan penjawat lain termasuk menteri negara merupakan keputusan Encik Heng waktu itu untuk menjadikan proses lebih inklusif, setelah mendapatkan sokongan daripada menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >